Gaya HidupOh! LelakiRomantika

16 Cara Paling Tepat Goda Lelaki

CARA MENGGODA LELAKI - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Cara Goda Lelaki. Pada zaman sekarang, tiada lagi istilah “perigi mencari timba” kerana ia bukanlah suatu perkara yang pelik atau malu untuk dilakukan.

Sebenarnya tidak salah untuk wanita memikat lelaki. Memang tidak salah si gadis mencari dan memilih lelaki yang terbaik untuk hidup mereka. Tambahan pula, populasi lelaki sekarang menjadi “limited edition” berbanding wanita.

Tetapi jangan risau WOM.my akan cuba berkongsi dengan anda cara goda lelaki dengan betul supaya anda tidak berputih mata. Tetapi tips ini hanya untuk yang belum berpasangan. Yang sudah berpasangan tu, janganlah cuba memikat orang lain kerana ia akan menyebabkan kemusnahan hubungan anda. Jom, semak beberapa cara yang boleh anda praktik untuk memikat jejaka yang anda minati. Check it out!

16 Trik Goda Lelaki Idaman

1. Paras dan tubuh badan yang cantik

Anda tanyalah mana-mana lelaki, majoritinya pasti suka melihat wanita yang cantik dan mempunyai susuk tubuh yang menawan. Cara goda lelaki ini cukup berkesan. Oops… pasti ada segelintir yang berasa kecewa kerana tidak memiliki sifat ini. Namun, anda perlu bersikap positif kerana cantik itu terlalu subjektif. Setiap lelaki ada cara penilaian mereka yang tersendiri.

Jadi, apa kata anda menjaga kulit wajah daripada sebarang masalah kulit. Itu sudah cukup. Sekiranya anda mempunyai tubuh badan yang sedikit besar anda haruslah bersenam sedikit dan ikut diet pemakanan yang sihat supaya tubuh badan anda menjadi optimum.

 

2. Bersifat jujur dan berterus terang

Satu perkara yang cukup dibenci oleh kaum adam ialah ditipu dan tidak jujur. Lebih-lebih lagi apabila ia berhubung kait dengan hubungan antara manusia. Cara goda lelaki dengan betul sebenarnya ialah anda perlu bersifat jujur dan jangan ada yang cuba-cuba menipu tanpa sebarang sebab munasabah. Jika ada masalah anda haruslah berbincang dengan baik supaya si dia boleh memahami anda.

 

3. Terima lelaki agar dia menerima anda

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain “Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terimalah dia sebagai lelaki dan bukanlah mengubahnya! Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda.

 

4. Fahamilah lelaki agar dia memahami anda

Cuba memahami perangai sesorang lelaki itu kerana si dia juga sedang  menyesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ia adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ia tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya.

 

5. Berubah untuk menikmati perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

 

6. Jadi diri sendiri

Anda tidak perlu tukar cara anda hidup semata-mata kerana anda ingin mengejar seorang lelaki. Lelaki tidak suka perempuan yang hipokrit. Lelaki lebih suka mencintai seorang wanita yang selesa menjadi dirinya sendiri.

 

7. Jangan cepat menyerah

Ketika dalam proses berkenalan dan berkawan, anda jangan cepat menyerah kepada lelaki tersebut. Sebaliknya, anda jual mahal sedikit dan biarkan dia sedikit berusaha untuk memikat anda.

 

8. Jangan bandingkan si dia dengan lelaki lain

Kalau anda ingin memikat lelaki dengan serius, janganlah anda bandingkan si dia dengan lelaki lain atau mungkin bekas kekasih anda.

 

Baca Juga: Sikap Buruk Lelaki

 

9. Wanita bersikap matang dambaan semua lelaki

Sekiranya anda mempunyai sifat kebudak-budakan yang terlalu hiperaktif, sila ubah sedikit demi sedikit. Lelaki memang suka wanita atau gadis yang manja tetapi tidak untuk gadis yang gedik. Cara goda lelaki yang cukup efektif ialah dengan menunjukkan sifat matang dalam menghadapi sesuatu perkara atau masalah. Pada lelaki, wanita sebegitu nampak bijak dan mampu untuk berkongsi apa sahaja.

 

10. Sanggup memberi untuk menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak berbanding apa yang anda terima daripada lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup anda beri.

 

11. Percaya untuk dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, jangan anda mengharapkan lelaki itu mempercayai anda. Hidup ini meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara yang mudah. Apabila lelaki sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

 

12. Sifat negatif akan membuah kesan negatif

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap lelaki atau kekasih sendiri. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah- rendahkan lelaki, membandingkannya dengan lelaki lain dan memaki hamun. Sekiranya anda bersifat demikian, anda bukanlah seorang wanita yang bijak.

 

13. Senyum itu tanda kasih yang tak perlu dibayar

Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan pada anda itu, begitulah juga nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyum menyebabkan lelaki suka pada anda.

 

14. Panggillah lelaki dengan panggilan manja

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada lembut, begitu pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

 

Baca Juga: Ketahui Perangai-Perangai Lelaki Berusia 40an

 

15. Hormati dia sebagai lelaki

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya, dan bertolak ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya atau bakal suaminya, dan bukan merendah-rendahkannya.

 

16. Dunia lelaki yang  berbeza daripada wanita

Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini ya

<< Ketahui apa yang boleh membuatkan lelaki menangis di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

7 Vitamin Untuk Rambut Paling Bagus

Next post

Resepi Daging Pekasam "Power"

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *