Gaya HidupMotivasi

Pasti Berjaya! Lakukan 4 Tips Mudah Berhenti Merokok

tips berhenti merokok - woman online magazine

Kredit Foto : whatclinic

Tips Berhenti Merokok.Semua orang tahu bahawa merokok itu membahayakan kesihatan. Namun, kesedaran itu tidak membawa apa-apa makna jika anda ataupun ahli keluarga anda masih meneruskan tabiat merokok.

Ada di antaranya yang berasa amat sukar untuk meninggalkan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan. Sedangkan jika difikir-fikirkan kesan ataupun efek merokok terlalu besar dan boleh merosakkan kesihatan tubuh sendiri.

Berikut beberapa tips berhenti merokok yang boleh anda cuba atau syorkan kepada ahli keluarga anda yang merokok.

  1. Biasakan Tangan Anda Bekerja

Ganti kebiasaan anda dengan melakukan perkara-perkara yang boleh membuatkan anda lupa untuk merokok. Cuba biasakan tangan anda melakukan aktiviti-aktiviti seperti menyapu sampah, mencuci pinggan dan sebagainya.Atau anda juga boleh berbasikal dan berenang bagi mengisi waktu terluang yang anda.

 

Baca Juga: Pecah Lemak Dengan Berenang

 

  1. Kena Rajin Memberus Gigi

Jadikan aktiviti memberus gigi ini sesuatu yang penting dalam hidup anda. Jangan lupa memberus gigi setelah anda menikmati makanan atau paling kurang berus gigi, dua kaki sehari. Bangun tidur dan sebelum anda tidur, dengan cara ini ia akan mengurangkan anda untuk merokok.

 

  1. Luangkan Waktu Berbual Dengan Si Dia

Anda beruntung jika si dia sememangnya jenis yang anti rokok. Saat bersamanya, sudah pasti anda akan terlupa untuk merokok. Lakukan sesuatu perkara yang positif yang boleh membuatkan si dia rasa anda menghormati dan menghargainya.

 

Baca Juga: Punca Badan Lemah

 

  1. Diet, Bersenam Dan Berehat

Usaha anda untuk berhenti merokok boleh dilakukan dengan cara pola diet, bersenam serta mendapatkan rehat yang mencukupi. Anda boleh juga menikmati kudapan atau gula-gula getah sebagai pengganti rokok. Pilihlah kudapan yang berkalori rendah atau tanpa kalori seperti gula-gula getah bebas gula, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan segar.

Selain itu, minumlah air putih secukupnya agar kesihatan tubuh terjaga. Jangan lupa bersenam untuk menggantikan kebiasaan merokok anda itu. Secara tak langsung ia akan membuatkan tubuh anda menjadi lebih sihat dan segar.

Kebiasaan baru ini juga akan membuatkan tubuh anda menjadi lebih fit dan mulai sekarang cubalah tanam dalam hati bahawa merokok hanya akan merosakan kesihatan serta seluruh kehidupan anda. Lakukanlah demi yang tersayang.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya.

<< Nak berjaya? Jangan banyak alasan dan ketahuinya di sini.

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Nasi Goreng Kampung Paling Sedap

Next post

5 Cara Pakai Lipstik Agar Tahan Lama Sepanjang Hari

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *