DekoStail

11 Pilihan Aura Warna Ruang Kerja

Aura Warna - Women Online Magazine

Kredit Foto: home-designing

Aura Warna. Setiap warna mempunyai karakter-karakter serta kelebihannya yang tersendiri. Berdasarkan apakah emosi yang ingin anda wujudkan di tempat kerja, aura warna boleh digunakan untuk membantu anda  menghasilkan “feel” tersebut.

Mari lihat apakah maksud-maksud bagi setiap warna agar anda dapat membuat pilihan apakah warna yang perlu ada pada ruang kerja anda untuk menjadikan anda bersemangat, kreatif dan sentiasa positif di tempat kerja.

 

1. MERAH

Ia merupakan warna yang dapat menjadikan anda dengan serta-merta berasa bertenaga, menjadi ramah dan sentiasa perlu ke sana ke sini. Jika anda memilih untuk memakai warna ini yakinlah yang anda akan menarik perhatian mereka di sekeliling anda; dan anda akan menyukainya juga kerana merah mampu membuat anda berasa paling berpengaruh, berkuasa, dan autoritatif.

Perkara ini mungkin merupakan sesuatu yang anda ingin pertimbangkan dengan berhati-hati apabila anda menghadiri temuduga pekerjaan kerana walaupun anda ingin menyatakan yang anda penuh bertenaga dan ramah, anda tidak mahu dikenali sebagai seseorang yang tidak boleh menerima arahan. Jadi, berhati-hatilah apabila membuat pilihan bila dan di mana untuk mengenakan warna tersebut.

 

2. JINGGA

Warna jingga merupakan gabungan warna merah dan kuning dan oleh itu ia masih mempunyai sifat bertenaga serupa dengan warna merah tetapi tidak begitu kuat. Lazimnya orang yang suka memakai warna jingga merupakan mereka yang sukakan cabaran, berani dan penuh bersemangat dalam hidup.Warna jingga juga mempunyai sifat untuk membangkitkan daya kreativiti orang ramai dan disebabkan itu saya sering memberikan cadangan kepada mereka yang bekerja dalam bidang yang melibatkan kreativiti supaya elok mengenakan warna jingga atau dikelilingi oleh warna jingga. Mengenakan warna jingga juga menggalakkan perbualan antara individu.

 

3. KUNING

Warna ini kebanyakannya dipakai oleh para cendekiawan mungkin disebabkan oleh sifatnya yang menggalakkan keterbukaan minda. Kuning adalah sinonim dengan “cahaya” sebagaimana yang kita sedia maklum warna kuning selalu dikaitkan dengan matahari dan disebabkan itu juga orang yang memakai warna kuning akan menghantar tenaga yang positif dan semula jadinya adalah sentiasa ceria, gembira dan optimistik.Jadi, jika anda berasa perlu untuk menghidupkan suasana dengan serta-merta di tempat kerja atau jika anda mahu menceriakan pejabat anda supaya lebih bersemangat untuk bekerja gunalah warna kuning.

 

4. HIJAU

Ia merupakan suatu warna yang mempunyai faktor pengimbang yang dapat membantu mengembalikan keseimbangan. Secara amnya apa yang dimaksudkan ialah warna hijau banyak dikaitkan dengan alam semula jadi, yang banyak memberitahu tentang orang yang memakainya; jadi tidak hairanlah orang yang suka memakai warna hijau adalah tenang, menenangkan dan merupakan orang yang mencintai kedamaian.Jadi, jika anda memerlukan seseorang untuk menjadi orang tengah atau perantara di pejabat anda bagi sesuatu carilah orang yang memakai warna hijau kerana mereka merupakan calon yang terbaik untuk membantu memulihkan kekecohan.

 

5. FIRUS

Jika anda mahu orang mempunyai minat pada anda tidak kira dalam apa jua keadaan, ini merupakan warna yang harus dipakai kerana ia merangsangkan personaliti yang menyegarkan. Selain itu, ia juga merupakan warna yang anda mungkin ingin pakai apabila anda memerlukan kejelasan dari segi pemikiran, perasaan atau perhubungan.

 

Baca Juga: Motif Flora

 

6. BIRU

Ia merupakan satu lagi warna yang menenangkan. Warna biru selalu wujud dalam minda dahulu kemudian barulah warna hijau dan yang lain. Jadi secara semula jadi, memakai warna biru menunjukkan aspek kerohanian dan teratur dan orang yang menyukai warna biru merupakan mereka yang menghargai kesetiaan dan kejujuran. Sebagai contoh, apabila hendak mengambil orang bekerja di syarikat anda anda mungkin mahu mengambil beberapa individu yang warna personalitinya ialah biru kerana mereka merupakan orang yang boleh dipercayai dan setia.

 

7. UNGU

Kita semua mengetahui bahawa ungu atau violet dikenali sebagai warna diraja. Ini kemungkinan disebabkan ia mewujudkan rasa berlebih-lebihan dan kekayaan dan pada masa yang sama ia juga mempunyai sifat yang mewujudkan rasa hormat-kendiri, bermaruah dan rendah diri.Selain itu warna ungu juga menggalakkan daya fokus/ dan oleh itu ia dapat membantu penumpuan. Anda mungkin mahu mengambil perhatian tentang perkara ini terutamanya apabila anda perlu menyempurnakan sesuatu tugas yang amat penting.

 

8. MERAH JAMBU

Ia mewujudkan rasa kelembutan dan kebaikan. Secara semula jadi orang yang suka memakai warna merah jambu dikenali sebagai orang yang beremosi; ini merupakan sesuatu yang hebat kerana mereka merupakan orang yang paling sesuai untuk anda mendapatkan kasih sayang, cinta dan juga rasa belas kasihan.Jadi, tinjau-tinjaulah orang di tempat kerja yang warna kegemarannya ialah merah jambu kerana anda tahu yang mereka boleh membantu apabila anda memerlukan pertolongan.

 

Baca Juga: Rahsia Warna Merah Jambu

 

9. HITAM

Hitam mempunyai sifat-sifat yang baik walaupun lazimnya dipilih untuk dipakai oleh mereka yang memberontak menentang kebiasaan. Lihat saja artis yang kita kenal seperti Avril Lavinge sebagai contoh apabila berada di usia yang beliau suka memberontak.Dan sudah tentu, beritahu saya siapa yang tidak memakai warna hitam pada masa kita perlu menyembunyikan bahagian tertentu pada badan kita. Ini adalah kerana warna hitam mempunyai sifat-sifat sebagai misteri dan sering dikaitkan dengan yang tidak diketahui.

 

10. PUTIH

Warna putih sebagaimana yang kita tahu memantulkan semua warna dan disebabkan fakta ini seseorang yang menyukai warna putih dikenali sebagai seseorang yang dapat dipisahkan dengan mudah daripada benda atau orang.Ia juga menggambarkan kebersihan, kemurnian dan kesucian. Jadi orang yang menyukai warna putih yang mengetuai sesuatu projek memberikan maksud yang projek itu akan dilaksanakan dengan penuh cermat, tepat dan betul.

 

11. PERANG (BROWN)

Perang dikaitkan dengan bumi dan kestabilan.  Orang yang menyukai warna ini lazimnya bersikap wajar dan boleh dipercayai. Kesudahannya mereka juga amat berdedikasi dan komited terhadap keluarga, kerjaya dan rakan.Warna ini juga menjana sifat-sifat seperti teratur dan tegas terutama dalam urusan seharian maksudnya memakai warna perang dapat membantu anda berurusan dengan mudah dan secara langsung.

 

Artikel ini ditulis oleh: Puan Shuhada Alauddin, Pengasas MYRYL

<< Ketahui cara memilih wallpaper untuk ruang tamu yang tidak luas di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Tortilla Sosej Wrap Sedap Habis!

Next post

Mesti Baca! 5 Manfaat Tempe

WOM.my

WOM.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *