ProblemSihat

Kiropratik Kaedah Rawatan Pembetulan Tulang Belakang

Kiropraktik - woman online magazine

Kredit : media

Kiropraktik. Teori kiropraktik mengatakan bahawa pembetulan atau penjajaran struktur tulang dan otot yang betul, khususnya di tulang belakang akan membolehkan tubuh menyembuhkan diri tanpa sebarang pembedahan ataupun ubat-ubatan.

Kiropraktik sering digunakan sebagai terapi alternatif sakit-sakit otot, sendi, tulang dan jaringan penghubungan seperti ligament dan tendon. Kiropraktik dikatakan cukup efektif dan selamat untuk mengatasi sakit tulang belakang. Selain itu, kaedah kiropraktik ini juga membantu mengatasi masalah sakit leher dan sakit kepala.

Tulang belakang berada di bahagian tengah tubuh yang berfungsi untuk menopang seluruh tubuh, melindungi organ dalam tubuh serta merupakan tempat pelekatan tulang rusuk.Tulang belakang tersusun dari 24 tulang (vertebrae) yang dipisahkan masing-masing oleh ‘discs’. Di tengah tulang veterbrae tersebut, terdapat tulang belakang (spinal cord). Tulang belakang ini bertidak bagaikan jaringan telefon dari otak yang membawa pesan ke seluruh bahagian tubuh.

Sekiranya terjadi pergeseran tulang belakang, maka sistem saraf akan luka dan aliran energi ke organ pun turut terganggu.Disebabkan susunan tulang belakang yang kompleks, sekalipun gerakan normal pada tulang belakang pun boleh menimbulkan gangguan. Contohnya, jika anda tersalah mengangkat beban, pergerakan pada satu sisi yang berulang, postur tubuh yang salah boleh mengganggu mekanisme tulang belakang.Kaedah kiropraktik ini dikatakan mampu mengurangkan gangguan pada sistem saraf dengan rawatan khas untuk memperbaiki fungsi dan strukturnya.

 

Info Ekstra!

Semak, Ciri-Ciri Tulang Bermasalah

  1. Tidak dapat bernafas dengan selesa atau lega.
  2. Rahang bahagian bawah kerap berbunyi “Klik”.
  3. Tumit kasut cepat haus, dan tidak sama di antara tapak bahagian kaki kanan dan kaki kiri.
  4. Anda sering memutar leher atau tulang belakang atau sendiri lain sehingga mengeluarkan bunyi “Kreek”.
  5. Tidak dapat menggerakkan/memusingkan kepala atau pinggang dari satu sisi ke sisi lain dengan selesa.
  6. Sering sakit kepala, sakit pada bahagian tulang belakang, lenguh-lenguh pada bahagian otot atau sendi.
  7. Kerap berasa badan tidak selesa dan kurang sihat.

 

 

Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Ketahui punca sebenar sakit ketika membuang air kecil di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

3 Penyebab Utama Rambut Berbau Busuk

Next post

4 Tips Bilik Tidur Cantik Biarpun Sempit

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *