Mode

6 Jenis Pin Tudung Menarik Habis!

Pin Tudung - Women Online Magazine 1-2

Kredit Foto: etsystatic, rubylane,favim,shopify,media,media,ilovemodesty

Pin Tudung.Pin tudung atau asalnya disebut sebagai kerongsang adalah barang perhiasan yang direka untuk dipadankan pada pakaian dan tudung.Ia biasanya diperbuat daripada logam.

Sungguhpun begitu, ada juga pin tudung yang diperbuat daripada batu permata, kristal dan juga emas tetapi pasti harganya berlipat kali ganda!

Pin tudung kerap dihiasi dengan enamel atau plastik yang seakan-akan batu permata. Pin tudung atau kerongsang terawal diketahui adalah dari Zaman Gangsa. Sebagai fesyen dalam kerongsang berubah dengan cepat, digunakan dalam pelbagai bentuk sama ada sebagai pelengkap gaya tudung dan untuk kekemasan.

 

 

Pin Tudung - Women Online Magazine 2-2

 

Jenis-Jenis Pin Tudung

1. Baby Brooch

Biasanya digunakan untuk membentuk tudung dibawah dagu. Saiznya yang kecil, beraneka bentuk dan warna sering mencuri perhatian.

 

2. Medium Brooch

Saiznya hanya sedikit besar dari baby brooch, juga digunakan untuk membentuk tudung di bawah dagu. Ia sering digunakan untuk pin tudung atau selendang yang dililit dengan pelbagai gaya.

 

3. Large Brooch

Digunakan untuk pin tudung atau selendang yang dililit dengan pelbagai gaya. Large brooch yang berbentuk bunga sering menjadi pilihan para peminat pin tudung. Namun kini, pin tudung large brooch yang menonjolkan gaya moden juga sering mencuri perhatian.

 

Baca Juga: Shawl Murah

 

4. Berjurai

Pin tudung jenis ini mempunyai pelbagai saiz dan berbentuk juraian yang berkilau dan cantik. Pin tudung ini menjadi trend pilihan para wanita sekarang.

 

5. Felt Craft Brooch

Diperbuat daripada kain felt yang lembut dan berwarna-warni. Pin tudung ini pernah popular suatu ketika dahulu dengan pelbagai jenis bentuk bunga yang menarik.

 

6. Shawl Pin

Bentuknya seperti jarum dan digunakan untuk pemakai yang menggayakan selendang. Di kepala jarum itu terdapat pelbagai bentuk atau hiasan berjurai yang cantik dan menarik.

 

Baca Juga: Cara Pakai Selendang Panjang

 

Tips Penjagaan Pin Tudung

  • Sapukan pengilat kuku yang berwarna jernih pada batu-batu di pin tudung. Biarkan sehingga ia kering sebelum anda memakainya. Tujuannya untuk mengukuhkan kedudukan batu pada plate.
  • Elakkan dari menjatuhkan pin tudung kerana ia akan meyebabkan batunya tercabut.
  • Simpan pin tudung di dalam bekas khas dan asingkan mengikut saiz.
  • Jangan simpan pin tudung di tempat yang panas seperti di dalam kereta kerana gam yang melekatkan batu itu boleh mencair dan menyebabkan batunya tertanggal.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya!

<< Ketahui kekuatan baju kotak-kotak sehingga mampu menyerlah penampilan anda di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

7 Langkah Terbaik Bila Diserang Penyakit Senggugut!

Next post

4 Petua Wajah Sentiasa Berseri-Seri

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *