KewanitaanSihat

Buah-Buahan Untuk Ibu Mengandung Yang Bagus Bagi Perkembangan Janin

Buah-Buahan Untuk Ibu Hamil - woman online magazine

Kredit : nutritionalbenefits

Sepanjang tempoh kehamilan merupakan waktu yang tepat untuk memberikan nutrisi terbaik ketika pembentukan janin di rahim. Selain menambah nutrisi buat ‘buah hati’, pengambilan buah-buahan untuk ibu hamil juga membantu menambahkan daya ketahanan tubuh si ibu, mempertahankan berat badan, mencegah sembelit serta mencegah terjadinya infeksi.

Ibu hamil lebih mudah terkena penyakit yang dapat menyebabkan infeksi pada ketika hamil kerana hormon pada saat itu merosak daya ketahanan tubuh anda. Buah-buahan yang dimakan oleh ibu hamil memainkan peranan sebagai vitamin dan mineral untuk menambah daya ketahanan tubuh anda.Sebagai ibu hamil, sangat penting untuk anda memilih jenis buah-buahan yang bagus untuk memperkuatkan janin. Pilihlah buah-buahan yang mengandungi banyak vitamin dan nutrisi yang diperlukan sepanjang kehamilan.Di samping itu pengambilan buah-buahan untuk ibu hamil juga cukup membantu untuk sistem penghadaman tubuh. Kekurangan serat pda makanan yang dimakan oleh ibu hamil akan menyebabkan sembelit dan rasa sakit di kawasan perut.Berikut ini beberapa jenis buah-buahan untuk ibu hamil muda ataupun tua. Semak!

  1. Ceri

Walaupun saiz buah ceri kecil, namun ia mempunyai khasiat yang cukup besar. Buah ceri mengandungi zat besi yang lebih banyak berbanding buah lainnya. Selain itu, terdapat vitamin B1,koroten, vitamin C, kalsium, fostor serta asid sitrat. Ramai yang percaya, pengambilan buah ceri secara rutin akan memberikan efek yang cukup baik untuk kulit bayi (nampak cerah, sihat dan bersih)

  1. Buah Delima

Buah delima mengandung antioksidan yang sangat tinggi yang elok untuk memperkuatkan sistem ketahanan tubuh ibu hamil. Ketika sistem imun tetap terjaga, ibu hamil akan terhindar daripada serangan bakteria yang menjadi punca penyakit. Jadi, pengambilan buah delima mampu menjaga kesihatan ibu dan bayi.

  1. Pisang

Pisang mengandungi pelbagai jenis vitamin yang mampu menjaga kesihatan ibu dan bayi. Tetapi, pastikan pisang yang dimakan telah masak. Ini adalah kerana untuk menghindari ancaman susah membuang air besar kerana pengambilan pisang yang belum masak seratus peratus.

  1. Kurma

Kurma memang terkenal dengan khasiat dan manfaatnya untuk kesihatan.Dengan rasa yang manis dan likat ini, juga banyak mengandungi serat, kalium, mangan, zat besi, belerang, kalsium dan magnesium sehingga sangat baik untuk dinikmati oleh oleh ibu hamil. Kurma menjadi buah-buahan untuk ibu hamil yang sangat disarankan pengambilannya kerana selain mempunyai kandungan gula yang tinggi, zat besi dalam buah ini sangat membantu untuk meningkatkan hemoglobin ibu hamil yang mudah terkena penyakit anemia. Kandungan kalium dalam kurma sangat membantu mengatasi kekejangan kaki yang biasa dialami oleh ibu hamil. Selain itu kurma juga bermanfaat untuk memperkuat kandungan serta menjadi penyumbang nutrisi yang baik untuk menyiapkan tenaga ketika memasuki trimester terakhir untuk kelahiran.

  1. Buah Manggis

Khasiat buah manggis terutama kulitnya tidak perlu diragukan lagi. Olahan ekstrak kulit manggis menjadi antioksidan paling tinggi dalam tubuh dan ini jelas membuktikan bahawa buah manggis juga sangat bermanfaat untuk ibu hamil. Kandungan vitamin C yang tinggi di dalam buah manggis mampu memberikan daya tahan tubuh yang kuat serta mampu menjaga keanjalan kulit sepanjang kehamilan kerana pertumbuhan janin. Asid folat yang dimiliki oleh manggis dipercayai bermanfaat untuk mengurangi risiko kelahiran bayi ‘premature’ ataupun cacat organ tubuh. Kandungan lainnya seperti mangan sangat membantu dalam melindungi janin dari radikal bebas serta membantu dalam pembentukan tulang rawan dan kerangka bayi. Itulah beberapa manfaat yang menjadikan manggis sebagai salah satu buah-buahan untuk ibu hamil yang sangat disarankan.

  1. Epal

Di sebalik keenakan buah epal, ternyata epal juga memiliki banyak khasiat untuk kesihatan tubuh. Rasanya manis, sedikit masam dan biasanya dimakan dengan kulitnya. Kandungan vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, B9, dan vitamin C yang terkandung dalam buah epal bersama kandungan-kandungan lainnya dinilai sangat bermanfaat untuk para ibu hamil.

<< Ketahui 8 jawapan kenapa anda susah hamil di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Apa Yang Wajib Anda Ketahui Tentang ‘Ghairah Asmara’ Wanita Setelah Menopause…

Next post

Mesti Cuba! Petua Kuruskan Badan Dengan Limau Nipis

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *