ModeStail

Cara Pakai Tudung Panjang ( Jenis Selendang)

Tudung Panjang - Woman Online Magazine

Kredit: alzahirah

Cara Pakai Tudung Panjang. Untuk mengetahuinya baca artikel ini sampai habis.

Kebelakangan ini banyak betul trend hijab yang tidak sesuai digayakan, iaitu tidak bertepatan dengan syariat Islam. Memang ramai Muslimah memakai hijab atau tudung, tetapi hanya mengikut trend fesyen sahaja.Salah satu hijab yang disarankan ialah tudung panjang iaitu sehingga menutupi bahagian atas tubuh atau menutupi bahagian dada.Pemakaian tudung panjang tidaklah terlalu sukar dan boleh dipakai oleh sesiapa sahaja. Tudung panjang jenis Pashmina paling mudah untuk digayakan dan anda mampu tampil menawan dalam balutan tudung panjang tersebut.

Berikut cara pakai tudung panjang yang boleh anda cuba gayakan.

Cara Pakai Tudung Panjang (Jenis Selendang)

  1. Gunakan inner ninja dan letakkan tudung di atas kepala.

 

  1. Pastikan tudung jenis selendang itu sama panjang di kedua belah sisi, kiri-kanan.

 

  1. Satukan kedua bahagian tersebut dengan peniti tepat di bawah dagu.

 

  1. Ambil hujung sisi kiri.

 

  1. Tarik hujung tersebut ke kiri kepala.

 

  1. Letatkan jarum di atas kepala untuk menyatukan hujung dengan inner.

 

  1. Kemaskan bahagian kanan kepala dan lekatkan jarum.

 

  1. Kemaskan bahagian depan dada pula.

 

  1. Ambil bahagian depan sisi sebelah kiri. Kemudian ambil hujung bahagian tersebut.

 

  1. Tarik bahagian hujung tersebut ke kanan sehingga hujungnya berada di kiri kepala.

Lekatkan jarum di hujungnya.

 

  1. Kemaskan bahagian depan dan betulkan juga di bahagian telinga.

 

  1. Ambil hujung yang satunya sisi kiri dan tarik ke atas kepala dan lekatkan jarum di posisi tersebut.

 

  1. Ok, siap dah. Senang, kan? Selamat bergaya.

<< Ketahui lebih lanjut tentang keistimewaan tudung turki di sini.

 

 

Previous post

Cara Betul Memilih Bedak Asas

Next post

Jantung Sihat Sepanjang Hayat

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *