ModeStail

Lebih Anggun Dengan Tudung Turki

tudung turki 1 - woman online magazine

Kredit Foto :now43

Tudung Turki.Pemakaian tudung Turki cukup digemari oleh kaum Muslimah di seluruh dunia. Tudung Turki, selain digunakan untuk menutup aurat, ia juga boleh menambahkan keanggunan si pemakainya.

Tudung daripada negeri Turki ini lebih dominan, berupa ‘silk scarf’ dengan pelbagai motif yang cantik, meriah dan berwarna warni. Gaya tudung Turki ini banyak didominasi dengan pemakaian scarf yang dililit pada bahagian leher dan dipadupadan dengan blazer atau pakaian kerja yang rasmi dan anggun.

Jadi, tidak hairanlah gaya tudung Turki yang ringkas ini semakin mendapat perhatian terutama kaum wanita yang bekerja dalam bidang professional. Mereka akan kelihatan lebih elegan dan professional ketika menggunakan tudung Turki ini.

 

Baca Juga: Tudung Syria

 

Pemakaian tudung Turki ini tidak sukar. Bahkan juga sesuai dipakai untuk majlis formal ataupun kasual, bergantung pada pemilihan materialnya.Meskipun gaya tudung Turki lebih sinonim dengan scarf segiempat bermaterial sutera, tapi anda juga boleh memanfaatkan kain tudung lain untuk mengaplikasikannya.

Tudung Turki material satin berbentuk segi empat, cukup cantik apabila dipadankan dengan busana formal yang cenderung polos ‘monochromatic’, seperti ‘blazer’, ‘long-coat’, ‘maxi-dress' dan baju formal lainnya. Bagi anda yang ingin tampil anggun dan bersahaja, tudung Turki daripada material satin sutera dan satin polyester sangat sesuai.

 

Baca Juga: Tudung Nur Kasih

 

Tips Mengenakan Tudung Turki

  • Gunakan getah untukmengikat rambut, dibuat bentuk sanggul tinggi sejajar dengan bahagian kepala yang paling atas.
  • Biasanya tudung Turki berbentuk segi empat, dilipat menjadi dua sehingga terbentuk segitiga. Gayakan dan diikat dibahagian belakangnya
  • Langkah terakhir, lipat shawl yang lebih besar ukurannya menjadi segitiga (yang mana bahagian ini akan terkeluar). Kemudian, posisikan lipatan tudung di bahagian atas dahi anda dengan hujung di bahagian bawah dan dua sudut yang lain di atas bahu.Gunakan jarum peniti untuk memudahkan dan merapikannya terutama kawasan yang hendak dibelit atau diikat.

 

Nota Kaki: Jika suka, jangan lupa SHARE artikel ini ya!

<< Ketahui keistimewaan tudung bidang 60 di sini. 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

11 Jenis Telekung Sembahyang Paling Selesa

Next post

17 Tanda Lelaki Jatuh Cinta Dengan Anda

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *