SenamanSihat

Mesti Cuba! 3 Cara Mudah Miliki Punggung Padat Dan Seksi

punggung cantik - woman online magazine

Kredit : extra

Sebagai wanita tentu sahaja anda sentiasa mahu kelihatan cantik dan menarik. Jadi, tidak hairanlah ramai wanita yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki bahagian tubuh yang menarik.

Memiliki punggung seksi umpama satu bonus buat kaum wanita.Selain boleh meningkatkan keyakinan diri, ia juga mampu menarik perhatian kaum Adam. Mempunyai bentuk punggung seksi bukanlah kerana faktor keturunan.Ini adalah kerana untuk mendapatkan punggung seksi, anda perlu konsisten dalam mengatur pola pemakanan, rajin bersenam dan menjalani gaya hidup yang sihat.

Berikut 3 cara mudah yang boleh anda praktik bagi mendapatkan bentuk punggung seksi dan padat.

  • Cuba seimbangkan diri anda. Setelah itu, lapangkan lengan sejajar dengan lantai. Kemudian angkat salah satu kaki anda dan jengkit selama beberapa minit dan setelah itu berdiri seperti biasa.

 

  • Letak meja sedikit di depan anda. Kemudian berdirilah dengan kaki yang terpisah dan gunakan meja tersebut sebagai tempat menyandar pada sudut 45 darjah. Kemudian angkatlah kaki anda di belakang anda tanpa membongkok. Biarkan seketika dan turunkan kaki anda.

 

  • Berbasikal boleh menjadi salah satu cara untuk membentuk punggung seksi. Ketika anda menekan pedal basikal, maka otot maximus gluteal atau otot di bahagian atas punggung akan membentang pada tulang paha dan akan turut bergerak. Jadi, jika mahu memiliki punggung seksi jadi rajin-rajinlah berbasikal.

<< Ketahui cara untuk mengecilkan punggung yang lebar di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Cara Mudah Untuk Mengatasi Stress Dan Depresi

Next post

Tips Memakai Eyeliner Yang Sesuai Dengan Bentuk Mata Anda

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *