CantikSolekan

Tips Memakai Eyeliner Yang Sesuai Dengan Bentuk Mata Anda

Tips memakai eyeliner - woman online magazine

Kredit : naughtyaccessories

Anda suka pakai eyeliner? Adakah anda pasti anda telah mengaplikasikan eyeliner dengan tepat dan betul.

Jika anda masih ragu-ragu atau tidak pasti, apakata anda kenali terlebih dahulu jenis bentuk mata yang anda miliki. Ia bertujuan agar solekan mata yang anda pakai akan kelihatan lebih menarik dan sesuai dengan bentuk mata anda.

Berikut beberapa tips memakai eyeliner yang tepat dan sesuai dengan bentuk mata anda.

  1. Mata Besar

Anda yang mempunyai jenis bentuk mata besar memang beruntung kerana dengan mudah anda dapat bermain dengan pelbagai macam solekan mata, seperti eyeliner. Namun, jika anda berasa kurang berkeyakinan kerana mata besar, anda boleh mengatasinya dengan mengetahui tips memakai eyeliner untuk membuatkan mata anda menjadi lebih kecil.

Caranya mudah, berikan garis pada bahagian bawah dan atas mata. Agar tidak memberikan kesan monoton, anda boleh membuatkannya menjadi lebih menarik dengan membuat mata kucing atau cat eye dengan menggunakan eyeliner.

 

  1. Mata Bulat

Sama juga seperti pemilik mata besar, si mata bulat juga agak bertuah kerana boleh menggunakan eyeliner semahunya. Namun, tips memakai eyeliner buat si mata bulat, untuk mendapatkan hasil yang mengagumkan, anda disarankan mengaplikasikan eyeliner yang cukup nipis pada bahagian atas dan bawah kelopak mata. Untuk memberikan efek panjang pada mata, anda boleh menarik garis panjang seperti sayap ke arah luar pada bahagian kelopak mata.

 

  1. Mata Sedih

Anda yang memiliki bentuk mata jenis sedih atau menurun ini perlu lebih teliti ketika memakai eyeliner. Anda disarankan menarik garis eyeliner ke arah atas. Teknik seperti ini sangat membantu untuk membuatkan mata anda yang nampak sedih itu menjadi lebih tajam dan menaik di sini.

 

  1. Mata Sepet

Selalunya orang yang mempunyai mata sepet ini tidak memiliki kelopak mata. Jadi, untuk memberikan efek lebih besar pada mata, anda boleh mengaplikasikan eyeliner persis di atas bulu mata. Selain itu, anda juga disarankan memilih eyeliner dengan warna-warna terang seperti coklat muda dan ungu. Warna-warna sebegini akan membuatkna mata anda yang sepet itu menjadi lebh tajam.

<< Ketahui enam cara mudah lentikkan bulu mata di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Mesti Cuba! 3 Cara Mudah Miliki Punggung Padat Dan Seksi

Next post

Ketahui Punca Penyakit Buah Pinggang Dan Cara Terbaik Untuk Mencegahnya

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *