CantikKulit

6 Cara Mengatasi Muka Berminyak & Mekap Yang DiPakai Tahan Lebih Lama

Mengatasi Muka Berminyak - Women Online Magazine

Foto: skinstore

Setiap orang memiliki jenis kulit yang berbeza-beza. Ada jenis kulit normal, kering ataupun berminyak. Anda yang memiliki kulit jenis berminyak biasanya lebih stress, kerana lebih cepat meninggalkan kesan berkilat pada wajah, jerawat mudah tumbuh dan bintik-bintik hitam juga senang berkumpul.Selain itu, mekap yang dipakai juga cepat hilang dan luntur.

Adakah anda termasuk dalam kategori jenis kulit berminyak? Sudah pasti anda biasa berhadapan dengan situasi terpaksa berkali-kali ‘menampal’ bedak kerana dalam waktu beberapa jam sahaja mekap sudah luntur, bercampur dengan minyak yang berlebihan di wajah.Kulit berminyak memang membuatkan mekap tidak mampu bertahan lebih lama. Tetapi, anda tidak perlu bimbang kerana anda beberapa jenis produk mekap yang boleh mengatasai masalah kulit berminyak.

  1. Face Primer

Primer berfungsi sebagai alas untuk mekap yang dipakai sebelum anda memakai foundation. Gunanya untuk membuat mekap nampak lebih halus dan tahan lama. Anda yang memiliki kulit berminyak perlu menggunakan produk ini. Pilihlah primer yang bersilikon, berfungsi untuk mengawal kelebihan minyak di wajah.

  1. Mineral Foundation

Pilih alas bedak yang mengandungi mineral. Foundation seperti ini bersifat ringan, tidak akan membuat lian pori-pori tersumbat dan memberikan hasil solekan yang matte.

  1. Oil Free Compact Powder

Untuk bedak, pilih compact powder yang bersifat oil free. Dengan produk ini, anda boleh men ‘touch up’ dengan dengan bedak sahaja.

 

  1. Makeup Setting Spray

Ia seperti hair spray. Fungsinya adalah untuk mempertahankan mekap lebih lama.Semburkan ke wajah setelah anda selesai bersolek. 

  1. Kertas Penyerap Minyak

Wajah jadi berminyak jika banyak mengeluarkan peluh, Secara tak langsung ia membuatkan mekap sedikit luntur meskipun anda sudah memakai primer dan setting spray. Untuk membantu mengurangi masalah lebihan minyak di wajah secara pantas, gunakanlah keryas peyerap minyak.

  1. Pembersih Wajah

Pastikan anda tidak lupa untuk membersihkan wajah sebelum tidur. Ia membantu untuk mencegah penyumbatan pori-pori. Kulit yang mengeluarkan minyak dalam jumlah yang banyak biasanya berjerawat.Untuk mengurangi kadar minyak yang berlebihan di wajah, anda disarankan untuk memilih oil control cleanser.

<< Ketahui kebaikan bila anda pakai krim mata di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

9 Khasiat Rumput Jarum Emas

Next post

Pasti Kurus! 11 Cara Diet Atkins

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *