ProblemSihat

Tips Hilang Nafas Berbau Ketika Berpuasa

tips atasi mulut berbau ketika berpuasa - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Tak lama seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadan. Adakah anda menghadapi masalah mulut berbau ?

Mengenangkan bulan puasa nanti, tentu ramai yang risau tentang masalah bau mulut ataupun nafas yang berbau. Hampir semua orang yang berpuasa mengalaminya.

Ada banyak faktor yang menjadi penyebab mengapa mulut akan lebih berbau ketika berpuasa, tetapi secara umum sangat dipengaruhi oleh faktor internal mulut kita.

Adanya gigi berlubang atau gusi sedang membengkak menjadi salah satu faktor utama penyebab bau mulut. Di samping itu, jenis makanan yang kita ambil juga turut mempengaruhi bau mulut.

Begitu juga dengan rokok. Merokok bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan, bahkan turut merosakkan lapisan gusi dan membuat gigi menjadi kekuningan serta meninggalkan bau yang tidak menyenangkan.

Anda tentu  tidak mahu mengalami pengalaman yang memalukan, dijauhi orang hanya kerana masalah bau mulut. Jadi, ada baiknya praktik tips berikut:

1.  Perbanyakkan Minum Air Putih

Cubalah minum air putih sebanyak mungkin. Minimum 10 gelas menjelang waktu sahur dan setelah berbuka puasa. Air putih dapat membantu membersihkan kawasan rongga mulut, selain dapat meningkatkan produksi air liur sebagai pencegah bau mulut.

2.  Pilih-pilih Menu Makanan

Sayur bayam mengandungi serat dan ‘polifenol’ yang boleh menjaga kesihatan rongga mulut.  Begitu juga dengan hazelnut yang kaya dengan vitamin dan protein dapat melawan bau mulut.  Hazelnut baik untuk kesihatan gigi dan gusi.

Buah strawberi juga mengandungi banyak vitamin C yang membuatkan bakteria dan kuman sukar untuk hidup di mulut. Selain itu, epal  juga makanan terbaik yang dapat melawan bau busuk mulut. Epal bukan sahaja dapat memberikan kelembapan pada mulut untuk menghilangkan bakteria, bahkan testurnya juga dapat membantu menghilangkan kelebihan plak di gigi.

3.  Minum Teh Hijau

Teh hijau mengandungi zat polyphenol yang dapat mengurangkan bakteria yang terdapat dalam rongga mulut mahupun saluran pernafasan. Sebaiknya minum teh hijau sebelum dan setelah menjalankan ibadah puasa boleh mencegah bau mulut.

4.  Gunakan Ubat Kumur Antiseptik

Menggunakan ubat kumur juga efektif untuk mengurangkan bau mulut ketika berpuasa. Tapi sebaiknya adan gunakan setelah anda berbuka puasa dan setelah makan sahur.

5.  Memberus Gigi & Bersihkan Lidah

Memberus atau menggosok gigi setelah berbuka puasa dan bersahur dapat mengurangi bau mulut. Gunakan ubat gigi yang mengandungi mint untuk mengharumkan bau nafas anda.  Selain itu, jangan lupa bersihkan juga di bahagian lidah sebab bakteria banyak bersembunyi di rekahan pada lidah dan juga di bahagian belakang lidah.

6.  Lakukan Senaman Ringan

Biarpun anda sedang menjalani ibadah puasa, sebaiknya ada tetap melakukan senaman ringan untuk mengeluarkan zat-zat racun dalam tubuh yang akan keluar melalui peluh. Senaman ringan secara teratur juga dikatakan dapat mengurangi bau mulut.

Menjaga kebersihan gigi dan mulut secara konsisten sangat penting untuk mengurangi bau mulut, membantu menghindari gigi berlubang serta menurunkan risiko penyakit gusi.  Semoga artikel ini bermanfaat dan selamat mencuba!

<< Jom ketahui kenapa pemakai kasut tinggi dalam bahaya, klik di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

13 Cara Paling Berkesan Rawat Kulit Kering

Next post

Kesan Duduk Terlalu Lama Di Depan Komputer

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *