ProblemSihat

Kesan Duduk Terlalu Lama Di Depan Komputer

kesan duduk terlalu lama di depan komputer - women online magazine

( Gambar ini hanyalah hiasan sahaja )

Duduk di depan komputer sepanjang hari? Isshh… Bahayalah! Terutamanya kepada pengguna komputer yang tegar..

Kenyataan sebegini, mungkin anda sudah biasa mendengarnya.  Sungguhpun begitu masih ramai pengguna komputer yang tetap menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer dan mengabaikan maslah kesihatan jangka panjang yang bakal dialaminya.

Terlalu lama duduk di depan komputer atau laptop sebenarnya boleh membunuh anda secara perlahan-lahan. Apatah lagi, anda yang ketagihan  ‘game online’ ataupun jaringan sosial sehingga anda lupa telah berapa anda lama duduk menghadapnya.

Anda yang memperuntukkan waktu lima hingga sepuluh jam di depan komputer paling mudah diserang sakit kepala, ketegangan mata, sakit pinggang serta belakang, sakit leher atau tengkuk, kebas di punggung, pergelangan tangan dan jari.

Berikut ada beberapa tips yang boleh anda lakukan agar terhindar daripada gangguan kesihatan dan tetap sihat bekerja di depan komputer pada setiap hari.

1    .Mengatur letak dan pencahayaan monitor

Monitor harus dietakkan selari dengan mata, dan jaraknya sekitar sepanjang lengan dari mata. Perhatikan pencahayaan dalam ruangan. Sesuaikan kecerahan layar, kontras, posisi, tinggi dan lebar gambar pada layar anda.

2. Penempatan keyboard

Keyboard juga harus boleh membuat pergelangan tangan anda berasa selesa dan tidak lenguh. Sesuaikan letak keyboar pada posisi yang baik untuk menaip. Cubalah untuk menjaga pergelangan tangan anda agar lurus ketika menaip.

3. Kedudukan mouse

Penggunaan mouse yang terus menerus boleh menyebabkan rasa sakit dan kebas-kebas di jari-jarik tangan, pergelangan tangan atau lengan. Posisikan mouse agar mudah dijangkau, sehingga boleh digunakan dengan pergelangan tangan yang lurus. Biarkan lengan anda selesa di meja.

4. Posisi Duduk

Disebabkan beban kerja dan deadline yang singkat, pengguna computer cenderung terus bekerja dalam posisi yang tidak selesa. Perkara ini sangat penting untuk dipastikan posisi duduk.  Hindari duduk dalam posisi yang sama untuk jangka waktu yang lama. Atur letak keyboard, mouse sehingga adan berasa selesa. Berikan ruang kaki yang cukup untuk bergerak bebas.

5. Mengatur fokus mata

Terlalu banyak menatap monitor boleh menyebabkan ‘computer vision syndrome’. Pengguna computer mungkin akan berasa sukar fokuspada objek, ketika tiba-tiba memalingkan mata daripada komputer. Jadi , cubalah untuk mengatur fokus mata anda dan jauhi daripada layar. Ia  bukan setakat membantu mencegah kepenatan, tetapi penting untuk variasi visual dan mental.

6. Beristirahat seketika

Berdirilah sebentar atau melakukan aktviti sederhana setiap 30 minit sekali untuk merilekskan tubuh anda. Sesekali cuba ayun lengan anda atau menggerakkan kepala anda ke kanan dan kiri. Selain itu, minumlah lebih banyak air. Perkara ini akan membuatkan anda untuk lebih kerap berdiri walaupun hanya sekadar mengambil air atau pun berjalan ke tandas. Secara tidak langsung, ia akan melegakan tubuh anda daripada terus ‘keras’ duduk menghadap komputer.

Semoga tips sederhana ini boleh membantu anda agar terbebas daripada risiko kesihatan yang mungkin terjadi akibat terlalu lama atau asyik di depan komputer atau laptop.

 << Jom kenal pasti bahaya memakai kasut tumit tinggi di halaman berikutnya..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Tips Hilang Nafas Berbau Ketika Berpuasa

Next post

Resepi Biskut Coklat Hazelnut

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *