ProblemSihat

Biar Muka Tak Berapa Cantik, Asalkan Gigi Putih, Bersih & Menawan

Tanam Gigi - wome nonline magazine

Semua orang tentu mahu gigi yang putih serta tersusun cantik. Tetapi, tak semua orang bernasib baik dan dikurniakan gigi sedemikian rupa.

Pada zaman moden nie terdapat pelbagai cara yang digunakan untuk membolehkan anda memiliki gigi yang cantik dan menawan. Jadi, jangan risau dan pernahkah anda dengar tentang tanam gigi  atau implant gigi? Rawatan ini semakin popular di kalangan masyarakat Malaysia. Siapa yang tidak mahu dipandang cantik apabila senyum bukan?

Jadi, gigi merupakan agen yang sangat penting untuk menghasilkan senyuman yang menawan. Namun anda tidak perlu risau kerana dengan kemajuan teknologi sekarang, gigi yang tiada, masih boleh digantikan dengan kaedah tanam gigi.

Apa itu tanam gigi?

Anda tahu apa itu tanam gigi? Implant gigi merupakan nama lain bagi tanam gigi. Ia berbentuk seperti skru, dihasilkan daripada logam titanium dan ditanam pada tulang rahang di tempat asal gigi yang tanggal. Ia bertindak sebagai akar bagi gigi palsu. Kaedah ini boleh digunakan untuk menggantikan satu atau beberapa batang gigi.

Tujuan tanam gigi:

Hukum tanam gigi (implant)?

Membuat rawatan gigi seperti tanam gigi atau apa-apa rawatan moden hukumnya adalah harus sama ada tujuannya untuk kesihatan, keselesaan atau kecantikan. Dibolehkan menanam gigi yang telah rosak dan menggantikannya dengan gigi yang baru. Ia tidak termasuk mengubah ciptaanNya kerana pada asalnya gigi tersebut wujud dan kemudian rosak. Bukankah Allah suka pada makhlukNya yang kelihatan cantik?

Tanam gigi atau implan adalah satu alternatif untuk anda yang kehilangan gigi. Namun begitu, sudah menjadi tanggungjawab anda untuk mengekalkan kesihatan gigi asal. Sayangi gigi anda. Lakukan pemeriksaan dua kali setahun.

Kredit foto: whitersmile

<< Ingin tahu punca yang membuatkan gigi anda nampak kuning? Baca di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Atasi Masalah Muka Berjerawat & ‘Hitam’ Ketika Mengandung

Next post

Kalau Tak Nak Jerawat Tumbuh, Ikuti 6 Langkah Mudah

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *