FamiliPerkahwinan

Benarkah Poligami Cara Islam Itu Indah?

poligami dalam islam - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Poligami Dalam Islam.Benarkah ianya lebih indah?

Poligami bukanlah perkara asing dalam kehidupan masyarakat di negara kita ini. Perkara ini disambut baik oleh kaum lelaki, namun dipandang sepi oleh wanita.Malah ada sesetengah daripada mereka mengecam poligami!

Apa itu poligami sehingga memecahkan pendapat pelbagai pihak?Poligami ialah apabila pihak lelaki atau suami membuat keputusan untuk berkahwin dengan perempuan lain dan menambah bilangan isterinya. Malah poligami juga dilakukan oleh Rasulullah S.A.W ketika hayat baginda.Poligami adalah antara salah satu sunnah yang dilakukakan oleh junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W

Poligami bukan sekadar jalan untuk menghalalkan nafsu antara anda dan pasangan anda. Islam telah menggariskan beberapa panduan bagi memastikan kesemua isteri dan tidak terabai daripada nafkah, perhatian dan kasih sayang.

 

Antara garis panduan yang ditetapkan oleh Islam untuk sesiapa yang ingin berpoligami ialah:

1. Haram Berpoligami dengan Talian Persaudaraan dari Keluarga Isteri

Apa yang dimaksudkan ialah keinginan seseorang suami ingin memperisterikan wanita yang mempunyai talian persaudaraan dengan isterinya iaitu adik beradik, ibu, anak saudara atau emak saudara tidak kira belah ibu atau isteri anda.

Hikmah Islam untuk melarang daripada terputusnya hubungan persaudaraan dan silaturahim pada keluarga isteri anda. Lumrah dan fitrah, wanita pasti tidak bersetuju apabila suaminya ingin menambah bilangan isteri mereka.

Jadi, risau akan berlaku pertengkaran hingga mengakibatkan terputus tali persaudaraan. Perkahwinan yang dituntut oleh Islam ialah perkahwinan yang mengeratkan dan menambah kesatuan umat Islam, bukannya kepada perpecahan umat Islam.

 

 

Baca Juga: Alasan-Alasan Lelaki Curang

 

 

2. Berlaku Adil kepada Para Isteri

Ini adalah perkara yang paling dititikberat oleh Islam kepada sesiapa yang ingin berpoligami. Berpoligami tidak bermaksud anda akan dapat bersuka ria kerana anda sudah mempunyai lebih daripada satu isteri.

Malah tanggungjawab anda sebagai suami juga adalah lebih berat kerana anda hendaklah berlaku adil kepada kesemua isteri anda.

Berlaku adil yang dimaksudkan di sini ialah berlaku adil dengan memberikan nafkah zahir dan batin kepada kesemua isteri. Suami  hendaklah memastikan setiap keperluan seperti tempat perlindungan, jumlah perbelajaan bulanan untuk keperluan harian, malah giliran untuk tidur bersama pasangan anda dibahagikan secara adil dan saksama mengikut  keperluan.

JIka suami tidak mampu berlaku adil kepada isteri-isterinya walaupun sekecil satu inci sehingga menyebabkan salah seorang isteri anda rasa tidak dilayan seperti yang diharapkan membuatkan anda dilaknat oleh Allah S.W.T..

Anda juga harus tegas untuk tidur di rumah isteri-isteri anda mengikut gelaran mereka. Nafkah batin juga adalah kunci untuk memastikan isteri-isteri anda kekal bahagia hidup bersama dengan anda.

 

 

Baca Juga: Ranjang Suami Isteri

 

 

3. Berkemampuan dari Segi Kewangan

Kepada suami yang memasang hajat untuk berpoligami, cuba nilai pada diri anda, adakah anda betul-betul berkemampuan untuk berpoligami?

Berkemampuan yang dimaksudkan di sini ialah bukan sahaja kepada nafkah batin yang menuntut kepuasan seks, tetapi juga untuk memenuhi keperluan lain. Jika sebelum ini dengan hanya seorang isteri mungkin perbelanjaan anda untuk keluarga tidaklah begitu tinggi, tambah kepada yang mempunyai anak yang sedikit atau mungkin tidak dikurniakan anak.

Namun, apabila anda sudah berkahwin, perbelanjaan anda akan menjadi dua kali ganda dari jumlah biasa. Ia mungkin termasuk kadar sewa anda kepada rumah yang bakal didiami oleh isteri baru anda, keperluan harian malah bertambah apabila anda dan pasangan dikurniakan cahaya mata yang mungkin lebih ramai daripada isteri pertama.

Pastikan diri anda betul-betul mampu untuk menampung kesemua isteri anda supaya dapat mengelakkan rumah tangga menjadi porak peranda.

# Kemampuan dari segi kesihatan juga penting untuk memastikan anda mampu menjaga para isteri anda dan tidak menyusahkan isteri-isteri anda.

 

 

Baca Juga: Menjaga Kesihatan Diri

 

 

4Menjaga Isteri-Isteri Anda dengan Baik

Sudah menjadi tanggungjawab suami untuk sentiasa menjaga para isteri mereka. Menjaga isteri yang dimaksudkan di sini ialah menjaga tiap tingkah laku para isteri apabila di luar dan dalam rumah.

Suami perlu memastikan para isterinya sentiasa mematuhi segala syariat yang diamanahkan oleh Allah iaitu dari segala aspek termasuk pemakaian, pergaulan, fardu ain yang wajib yang wajib dilakukan dan juga maruah diri.

Islam mengarahkan suami untuk memastikan para isterinya supaya patuh dengan ajaran Islam. Berdosa besar bagi seorang suami yang lalai dalam tanggungjawabnya untuk mendidik para isterinya termasuk anak-anak untuk memastikan meraka patuh dengan ajaran Islam

Suami juga perlu memastikan mahligai rumahtangga yang dibina kekal utuh dan tiada porak poranda. Tidak dinafikan pasti akan berlaku pergaduhan kecil di kalangan isteri anda kerana cemburu dengan perkongsian kasih sayang dengan suami tercinta.

Suami seharusnya bijak menangani masalah ini dengan  meluangkan masa dengan para isteri anda. Jangan sesekali mengabaikan isteri anda khuatir isteri yang sering terabai akan mula mencari pengganti dalam kekosongan kasih saying dan jiwa seorang insan. Apa yang lebih di takuti, mereka melakukan maksiat memenuhi kehendak ini.

# Isteri juga hendaklah memberikan kerjasama kepada suami anda untuk sentiasa memastikan rumah tangga anda, suami dan isteri-isteri suami yang lain sentiasa bahagia selalu.

 

Kesimpulan

Ramai yang memberi pelbagai alasan untuk berpoligami. Ada yang berpoligami kerana mengelakkan diri dan pasangan baru yang dicintai terjerumus ke dalam gaung maksiat. Ada kerana isteri sakit atau isteri tidak mampu memberi zuriat kepada suami

Tidak kurang juga yang memberi alasan tujuan melakukan poligami kerana ingin melakukan sunnah yang dilakukan Rasulullah S.A.W atau kasihan kepada seseorang wanita yang sudah menjadi janda dan ibu tunggal atau ingin menjaga gadis yang hidup dalam keadaan fakir miskin

Tidak kira apa alasan anda, pastikan anda mengikut segala syarat dan panduan yang ditetapkan oleh Islam. Perkahwinan bukan hanya berlandaskan nafsu. Pastikan rumah tangga yang dibina dengan yang lama atau baru kekal utuh.

Elakkan penceraian kerana Allah S.W.T amat benci kepada penceraian. Poligami cara Islam itu adalah indah!

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda yang mungkin kurang faham tentang konsep poligami dalam Islam.

<<Dapatkan tips bercinta selepas berkahwin di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

4 Tips Menangani Si Dia Yang Terlalu Mementingkan Kerjanya Daripada Anda

Next post

Wajib Baca! Tips Berjaya Dengan “Berangan”

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *