Gaya HidupMotivasi

Wajib Baca! Tips Berjaya Dengan “Berangan”

tips-berjaya-dengan-berangan-wom-my

Kaki Berangan.Perkataan “berangan” selalunya banyak memberi konotasi negatif ke atas diri seseorang, hinggakan pepatah Melayu sendiri pun ada menyentuh tentang berangan iaitu “angan-angan Mat Jenin”.

Tetapi pada pandangan saya, sebenarnya tidak salah untuk seseorang berangan kerana ianya dapat mempersiapkan minda separa sedar seseorang untuk bersiap-sedia mengambil tindakan bagi menjadikan apa yang diangan-angankan itu menjadi kenyataan.Oleh sebab itulah, salah satu cara saya membantu seseorang untuk membuat percaturan bagi mencapai apa yang diimpikan adalah dengan menggunakan teknik “berangan” ataupun “visualisasi”.

Di sini ingin saya kongsikan pengalaman yang diceritakan sendiri oleh salah seorang pelanggan MYRYL bernama Azam Abdullah yang melalui sesi kaunseling dan konsultasi bersama  yang mana teknik “visualisasi” diaplikasikan.

Mari ikuti pengalaman beliau….

“Peluang untuk mengikuti sesi kaunseling dan konsultansi bersama pengasas MYRYL iaitu Puan Shuhada Alauddin telah menghapuskan ‘mental block’ dan membantu saya untuk mengatur kembali perjalanan hidup.

Persepsi saya sebelum melangkah ke dalam pejabat urusan MYRYL yang terletak di Empire Damansara adalah sama dengan sesi kaunseling yang lain. Namun telahan saya meleset apabila kaedah yang digunakan amat unik tanpa saya rasa sedang dinilai atau sedang dianalisa.

Bermula dengan perbualan biasa membuatkan saya rasa selesa seperti bercakap dengan seorang kawan. Sesi ini berjalan tanpa saya rasa sedar yang saya sedang berkongsi masalah dengan seseorang yang mungkin asing bagi saya. Gelak ketawa dan rasa dihargai itulah yang saya dapat rasakan. Puan Shuhada tidak memaksa saya untuk menceritakan atau menjawab soalan yang saya rasa kurang selesa untuk dibincangkan.

 

Baca Juga: Positif Dengan Penampilan Mengikut Warna Hari

 

Masuk ke peringkat kedua, saya diberikan beberapa helaian kertas untuk saya catatkan beberapa perkara tentang diri saya iaitu kelebihan dan kelemahan. Juga langkah-langkah yang saya akan ambil jika ingin mencapai impian saya untuk menjadi seorang penulis.

Sesi ini Puan Shuhada kendalikan seperti seorang individu yang menolong orang buta untuk melintas jalan ; iaitu diri saya. Visual tentang impian dan cita-cita saya jelas di minda tetapi saya tidak tahu bagaimana langkah yang perlu diambil bagi merealisasikan impian itu secara sistematik. Jadi kaedah ‘unlock’ dan ‘unleash’ membantu saya untuk mengatur langkah satu demi satu dengan menyenaraikan apakah halangan dan juga kelebihan saya ada untuk mencapai dalam tempoh satu tahun.

Setelah saya selesai menulis jawapan di atas helaian kertas itu, saya disuruh untuk beralih dari meja dan duduk di ruang yang terbuka. Puan Shuhada ada di sebelah saya. Saya diminta untuk pejamkan mata. Tarik dan hembus nafas secara teratur. Setelah minda saya berada dalam keadaan yang paling tenang, Puan Shuhada mula membacakan semula jawapan yang saya tulis. Setiap patah perkataaan dan situasi yang saya tulis di atas kertas itu, saya tukarkan ia kepada sebuah imaginasi.

 

Baca Juga: Terapi Warna

 

Saya diminta untuk merasai saat dan detik saya mencapai kejayaan seperti ia benar-benar berlaku di depan mata. Sehinggakan kedudukan kerusi dalam dewan juga saya perlu bayangkan.

Proses ini mengambil masa lebih kurang 15 minit. Saya kira inilah proses yang paling kritikal. Minda saya sedang bekerja untuk ‘mencipta’ situasi yang saya bayangkan.Iaitu situasi yang belum lagi berlaku. Seterusnya saya simpan segala visual dan imaginasi itu di dalam minda separa sedar atau ‘subconscious mind’.

Sehingga sekarang visual itu berputar-putar dalam minda saya seperti pita rakaman. Proses ini telah membantu saya mencipta gambaran jelas tentang kejayaan yang saya ingin capai dalam tempoh 2,3 tahun akan datang. Betul-betul seperti apa yang saya bayangkan dalam tempoh 15 minit itu.

Jujur saya akui saya tidak pernah merasa sebegini yakin tentang apa yang bakal saya lalui dan jalan yang saya pilih kelak. Kaedah dan konsep yang digunapakai adalah realistik dan ‘doable’.

Dengan sedikit dorongan dan saranan dari Puan Shuhada amat membantu saya untuk mencari diri sendiri yang hilang. Kuncinya sudah ada dalam diri,tinggal lagi untuk mencari dan menggunakan kunci itu untuk membuka pintu kejayaan.

 

Baca Juga:  7 Cara Bangkit Dari Kegagalan

 

Cuma kadang-kadang kita tidak nampak kunci itu jika dicari dengan mata kita sendiri. Kita perlu cari seseorang yang dapat membantu. Dalam situasi saya sekarang, MYRYL dan Puan Shuhada adalah ‘seseorang’ itu”.

Sekarang anda sudah sedia maklum bahawa teknik visualisasi ini sangat berkesan dan memang mudah untuk dilaksanakan. Ingin saya akhiri artikel ini dengan sebuat pepatah Inggeris iaitu “Thoughts become things”… jadi teruskan berangan-angan bagi menjadikan apa jua impian anda menjadi suatu kenyataan.

Artikel ini ditulis oleh Puan Shuhada Alauddin, Pengasas MYRYL

<< Ketahui lebih lanjut tentang tips cemerlang dalam kerjaya di sini.

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Benarkah Poligami Cara Islam Itu Indah?

Next post

Jangan Buat Perkara Yang Boleh “Potong Stim”!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *