Aku & DiaRomantika

4 Tips Menangani Si Dia Yang Terlalu Mementingkan Kerjanya Daripada Anda

Kerja_Oh_Kerja - wome online magazine

Kredit foto: allegralearning

Kerja Oh Kerja.Biasanya seseorang yang terlalu ‘workaholic' atau mementingkan kerja akan mementingkan dunia kerjanya berbanding hal-hal lain termasuk diri anda!

Mempunyai pasangan yang mementingkan hubungan dan diri anda sangat diidamkan oleh para wanita. Namun, jika pasangan anda terlalu memiliki obsesi dengan pekerjaannya sehingga lupakan anda pastinya menimbulkan kejengkelan di hati dan anda akan kerap memendam rasa.

Justeru itu,bagaimanakah cara untuk menghadapi pasangan yang ‘workaholic’ ini?

 

Tips Menghadapi Pasangan Asyik Kerja Oh Kerja!

1. Kerapkan Berkomunikasi

Memiliki kekasih atau suami yang asyik kerja oh kerja bukan bererti anda tidak perlu berkomunikasi. Meskipun anda mungkin sukar untuk berjumpa,namun kerapkan berkomunikasi melalui telepon, sms, WhatsApp,Facetime dan sebagainya. Manfaatkan kecanggihan teknologi sekarang untuk berkomunikasi dengan pasangan anda.

 

2. Jangan Malu Untuk ‘Mencari’ Si Dia

Malu sememangnya karakter umum wanita. Selalunya anda inginkan kekasih anda ‘mencari’ anda dahulu,sedangkan anda juga boleh mulakan ‘mencari’ kekasih anda yang terlampau kerja oh kerja.

Mungkin kerana kesibukannya, si dia kadang-kadang lupa meninggalkan pekerjaannya dan tidak terpikir untuk menghubungi anda.

Daripada anda memendam rasa menunggu khabar darinya,lebih baik anda yang menghubunginya. Contohnya anda boleh mengingatkannya supaya jangan lupa makan walaupun sibuk dengan kerja. Tindakan anda ini mungkin menjadi sangat bererti untuk dirinya, apatah lagi di tengah-tengah kesibukannya. Pasti si dia terasa disayangi.

 

 

Baca Juga: Cara Mengatasi Kesedihan

 

 

3. Sibukkan Diri

Daripada anda memikirkan kekesalan atau kesedihan anda kerana sukar untuk bertemu dengan kekasih kerana sibuk dengan kerja oh kerja,ada baiknya anda juga harus mulai sibukkan diri.

Lakukan aktiviti yang anda sukai, berkumpul bersama teman-teman, menulis blog atau melakukan aktiviti yang menyenangkan hati anda. Sekaligus tindakan ini boleh membuatkan anda tidak terlampau fokus kepada si dia yang asyik kerja oh kerja.

 

4. Berfikiran Positif

Berfikir positiflah dalam apa jua situasi. Tanamkan dalam fikiran anda bahawa kerja oh kerja yang dia lakukan saat ini adalah semata-mata untuk kesejahteraan hubungan kalian juga. Mungkin si dia bekerja keras kerana ingin berkahwin dengan anda. Siapa tahu bukan?

 

 

Baca Juga: Ciri-Ciri Keluarga Bahagia

 

 

Tips Mengukuhkan Hubungan

Siapa yang suka ditipu? Jadi, pastikan dalam hubungan jangan cipta satu pembohongan. Sekali anda mencipta satu pembohongan percayalah akan muncul ‘tipu-tipu’ yang lain.

 

 

Baca Juga: Kekasih Curang

 

 

  • Selalu Bersama

Luangkan masa bersama dengan pasangan. Bahagikan masa untuk pasangan meskipun anda sibuk dengan kerja seharian. Dengan meluangkan masa walaupun sedikit dengan dia, pasti si dia terasa dihargai dan wujud dalam kamus kehidupan anda.

 

Hormat-menghormati adalah sangat penting untuk mengukuhkan hubungan. Sebagai contoh,sekiranya anda mempunyai kerjaya yang lebih besar ataupun lebih berjaya daripada pasangan anda, jangan sesekali menghina atau berlagak dengan pasangan anda. Sebaliknya,bantu dan berikan sokongan anda, pasti si dia lebih menyayangi anda.

 

 

Baca Juga: Bercinta Selepas Kahwin

 

 

  • Komunikasi Yang Baik

Komunikasi yang buruk sangat memberi kesan dalam perhubungan. Oleh itu,jika anda mempunyai sebarang ketidakpuasan hati terhadap pasangan,jangan sesekali pendamkan perasaan itu. Luahkan semuanya kepada si dia. Ajaklah berbincang dengan baik,bukannya bertengkar kerana ia akan merumitkan lagi hubungan. Jangan sesekali terlampau mengikut emosi.

 

Tunjukkan kasih sayang anda pada kekasih. Sekurang-kurangnya berikan ucapan cinta dengan lebih kerap. Tunjukkan kepada si dia yang anda memang menyintai dan menghargainya sebagai kekasih.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda supaya mereka juga dapat memperbaiki hubungan yang terjalin.

<< Anda dan pasangan sering bertengkar? Ketahui punca yang menyebabkan pergaduhan tercetus di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Titisan Mikro Vaseline Jelly Bantu Pulihkan Kerosakan Kulit Dari Dalam

Next post

Benarkah Poligami Cara Islam Itu Indah?

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *