CantikKulit

Jus Lemon Boleh Atasi Kulit Muka Kering

jus lemon - ASL Training

Kredit Foto : funnybulb

Jus Lemon. Masih ramai di kalangan kita yang tidak menyedari bahawa buah lemon punya banyak khasiat. Bukan setakat baik untuk kesihatan, bahkan juga bagus untuk kecantikan.

Jus lemon dikatakan dapat membantu menurunkan berat badan, mengawal tekanan darah sehingga mencegah beberapa penyakit.Buah lemon mempunyai banyak nutrisi semulajadi yang membantu pengelupasan kulit, serta menghilangkan kulit kering dan mati.Jadi, sebab itulah buah lemon menjadi bahan yang sangat bagus untuk masker, losyen serta dijadikan produk penjagaan kulit.

 

Kulit Lebih Cantik Dengan Jus Lemon

Anda boleh menggunakan jus lemon sebagai antiseptik dan menghapuskan bintik-bintik hitam dan jerawat dari wajah anda. Tahap antioksidan yang tinggi dalam lemon tidak hanya membantu mencegah pembentukan kulit kendur tetapi juga mampu membersihkan wajah secara menyeluruh.

Pembentukan garis-garis halus di wajah disebabkan kerana radikal bebas, yang juga boleh merosakan sel-sel sihat pada tubuh. Antioksidan dalam jus lemon inilah yang dapat menghancurkan radikal bebas yangmenyenbabkan kulit berkedut dan berjerawat.

 

Baca Juga: Khasiat Makanan Pahit

 

Kulit kering pada muka biasanya terjadi pada orang-orang yang bermasalah dengan kelenjar minyak yang ada di wajah. Ia boleh terjadi kerana adanya faktor genetik, iklim cuaca dan usia. Disebabkan pengeluaran minyak tidak stabil, muka menjadi kering.

Menggunakan jus lemon ada salah satu tips yang efektif bagi mengatasi kulit muka kering.Selain murah dan selamat, penggunaan bahan semulajadi ini dapat mengurangkan efek sampingan berbahaya yang ditimbulkan oleh produk berbahan kimia, seperti kulit wajah bersisik atau lainya.

 

Berikut adalah beberapa cara menggunakan jus lemon untuk mengatasi kulit muka kering yang boleh anda cuba.

1. Potong sebiji lemon menjadi dua bahagian dan gosokkan dengan lembut pada kulit muka yang kering. Biarkan selama sepuluh minit, bilas dengan air suam dan tepuk-tepuk lembut kulit muka dengan tuala.Jus lemon akan bertindak sebagai zat untuk melembabkan kulit serya menghilangkan kulit yang mengelupas. Jus lemon juga bagus lutut dan siku yang kering

 

2. Ambil sebiji putih telur dan isi ke dalam mangkuk. Kemudian kacau sampai mengembang. Tambahkan jus lemon, madu, dan yogurt pada putih telur yang sudah dikacau tadi. Pertahankan campuran agar tetap kental. Gunakan campuran ini pada wajah sebagai maskerdan biarkan selama 15 minit. Ulangi sekali seminggu untuk mengubati kulit wajah kering dan terkelupas.

 

Baca Juga: Cara Tegangkan Kulit Muka

 

3. Campurkan sebanyak empat sudu besar air mawar dengan jus perahan lemon. Kemudian tambahkan empat sudu besar gula pasir dan gaul sehingga sebati. Kemudian gosok ramuan ini paa kulit wjaah yang keirng.Tambahkan empat sendok makan gula pasir dan aduk sampai gula terlarut.Setelah kering. Biarkan beberapa minit sebelum dicuci dengan air bersih. Selain mengurangkan kekeringan kulit, campuran jus lemon ini juga mampu mengurangkan bintik-bintik hitam di muka serta membuatkan warna kulit menjadi lebih lembut.

 

4. Campuran jus lemon dengan oatmeal dapat mengatasi beberapa masalah kulit seperti kulit kering dan bintik-bintik hitam. Selain itu, kedua bahan semulajadi tersebut dapat membuatkan kulit anda menjadi lebih anjal dan bersinar.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini ya!

<< Ketahui manfaat luar biasa santan kelapa untuk kecantikan anda di sini.

Hilangkan Jerawat | WOM

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

7 Kesalahan Diet Yang Perlu Anda Beri Perhatian Kalau Nak Kurus

Next post

Resepi Ikan Kerapu Masak Stim

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *