CantikKulit

7 Manfaat Santan Kelapa Mampu Buat Anda Bertambah Cantik

Santan kelapa - woman online magazine

Kredit Foto : perasan

Manfaat Santan Kelapa. Untuk menjaga kecantikan anda sebenarnya tidak perlu menghabiskan banyak duit. Salah satu cara untuk menjaga kecantikan diri anda adalah dengan cara menggunakan manfaat santan kelapa.

Kelapa adalah buah yang mempunyai banyak khasiat ataupun manfaat buat manusia.Bukan sahaja buahnya yang berguna, bahkan akar, batang, daun dan kulit buahnya juga bermanfaat.Selain mengandungi lemak, santan kelapa juga tinggi kandungan protein, zat besi dan mangan.Walaupun santan kelapa seringkali dihindari oleh mereka yang menghidap kolesterol tinggi, tetapi dengan pengolahan yang tepat ternyata santan juga memberikan banyak manfaat bagi kesihatan.

 

Berikut adalah beberapa manfaat santan kelapa untuk kesihatan dan juga kecantikan:

  1. Kaya Nutrisi

Santan kelapa mengandungi banyak vitamin, mineral dan elektrolit, termasuk potasium, kalsium dan klorida.

 

  1. Pengganti Produk Susu

Santan merupakan alternatif ideal bagi mereka yang mengalami masalah alergi terhadap susu haiwan.Santan juga bebas kandungan soya, bebas gluten dan bebas kacang.

 

Baca Juga: Kebaikan Soya

 

  1. Meringankan Penyakit

Santan kelapa dipercayai mampu meringankan gejala sakit leher dan bisul.

 

  1. Merawat Kulit

Manfaat santan kelapa yang selalu digunakan dalam produk penjagaan kulit adalah untuk melembabkan dan mengurangi kulit kering serta ruam.Selain itu, anda juga boleh menggosokkan santan kelapa segar tersebut pada kulit anda dan biarkan selama 30 minit agar nutrisi yang terkandung di dalam santan kelapa itu dapat menyerap sempurna pada kulit anda. Lakukan secara rutin dan anda akan mendapatkan kulit halus dan bersinar.

 

  1. Menjaga Kecantikan Rambut

Santan dipercayai dapat memberikan kesuburan pada rambut.Santan kelapa mengandungi lemak essential dan vitamin E yang meningkatkan pertumbuhan rambut dan menjadikan rambut anda lebih lembut, terurus dan menawan. Letakkan santan pada kulit kepala, kemudian urut perlahan-lahan selama lima minit. Setelah itu barulah basuh rambut anda.

 

  1. Anti Penuaan

Sapukan santan pada kulit anda, secara automatik akan meningkatkan keanjalan kulit anda. Ini adalah kerana kandungan vitamin C dalam santan kelapa akan menjadikan kulit anda lebih elastik dan juga memperlambatkan proses penuaan pada kulit.

 

Baca Juga: Serum Vitamin C

 

  1. Make Up Remover

Santan kelapa juga boleh digunakan sebagai make up remover. Campurkan sedikit minyak kelapa dengan santan, kemudian gunakannya sebagai pembersih mekap. Campuran ini mampu melembabkan kulit wajah anda.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Ketahui penyebab berat badan anda turun naik di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Turunkan Berat Badan Anda Dengan Makanan Seimbang

Next post

Tips Pilih Bra Menyusu Yang Tepat

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *