CantikKulit

5 Cara Memutihkan Badan

Cara Memutihkan Badan - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Cara Memutihkan Badan. Siapa yang tak nak mempunyai kulit putih, gebu dan bersih?Setiap daripada kita pasti menginginkannya.

Selain mahu mengetahui cara memutihkan badan, sudah pasti anda juga nak tahu tips menghilangkan kesan gelap di kawasan siku dan lutut.Siku dan lutut merupakan kawasan yang biasanya memiliki warna kulit lebih gelap daripada kulit tubuh lain.

Perkara tersebut disebabkan kawasan berkenaan sering dibengkokkan sehingga kulitnya menjadi lebih cepat mati dan warnanya menjadi kusam atau gelap. Selain itu, ia juga sering berkedut.

Tak perlu pun menggunakan produk perawatan kulit yang mahal untuk memutihkan badan,  siku dan kulit. Memadai jika anda gunakan sahaja bahan-bahan semulajadi yang tersedia di persekitaran anda.

 

Berikut cara selamat memutihkan badan termasuk siku dan lutut.

1. Khasiat Minyak Zaitun

Minyak yang berasal daripada pati buah zaitun ini memang terbukti berkhasiat buat kesihatan dan kecantikan kulit. Termasuklah dalam cara untuk memutihkan badan, siku dan juga lutut.

Caranya mudah sahaja, sapukan minyak zaitun secukupnya pada badan, lutut dan siku. Biarkan selama 15 minit , kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Minyak buah zaitun ini mampu mengangkat sel-sel kulit mati sehingga membuatkan kulit kelihatan lebih cerah dan bersinar.

 

Baca Juga: Khasiat Minyak Zaitun

 

2. Gunakan Lemon

Perah lemon dikatakan sangat berkesan untuk meratakan warna kulit. Caranya, belah lemon kepada beberapa bahagian. Kemudian sapu atau gosokkan bahagian isi lemon tersebut pada badan, siku dan lutut. Biarkan selama 30 minit, kemudian bolehlah dibilas bersih. Lakukan secara rutin, dua kali sehari.

 

3. Kebaikan Pelembab

Selain badan, berikan juga pelembab pada bahagian siku dan lutut setiapkali anda selesai mandi. Ini adalah untuk menjaga kelembapan kulit di kawasan tersebut sekaligus memberikan nutrisi yang diperlukan oleh kulit.

 

Baca Juga: Pelembab Wajah

 

4. Gosok Dengan Span Khas

Salah satu penyebab warna hitam di sekitar siku dan lutut adalah kerana timbunan sel-sel mati. Untuk mengangkat sel-sel mati tersebut, anda memerlukan span khas (loofa). Setelah kulit disapu dengan minyak zaitun, gosok perlahan-lahan dengan span untuk mengangkat sel kulit mati.

Selain itu, anda juga boleh mencuba menggunakan lulur. Gunakan dua kali seminggu untuk menanggakan sel-sel kulit mati dan membantu regenerasi pada kulit.

 

Info Ekstra!

Memutihkan badan dengan cara ‘dari dalam’

Pengambilan makanan sihat yang banyak mengandungi vitamin  seperti ikan salmon, avakado serta sayuran hijau dapat membantu mempercepatkan pencerahan  kulit dari dalam.

 

Nota Kaki: Jom, SHARE artikel ini.

<< Nak tahu lebih lanjut tentang cara penjagaan wajah jom dapatkannya di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Senaman Mengecilkan Perut Buncit

Next post

8 Faktor Keguguran Janin

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *