ResepiSelera

Resepi Lazat Ikan Salmon

ikan salmon - women online magazine

Kredit Foto: theotherbigosimplyscratchsobeys

Ikan Salmon. Ikan salmon mengandungi pelbagai khasiat yang amat berguna. Bukan sekadar mempunyai kadar nutrisi yang tinggi, malah rasanya juga enak untuk dinikmati.

Ikan salmon biasanya diambil oleh mereka yang mementingkan kesihatan dan berminat untuk membina badan.

 

Jom kita lihat kebaikan dan kelebihan ikan salmon.

1. Membina otot dan tisu

Protein memang dikenali bermanfaat kepada tubuh badan manusia. Protein di dalam ikan salmon mudah dihadam dan diserap masuk ke dalam badan. Protein dan amino asid membantu proses pembinaan tisu dan otot. Ikan salmon juga tidak mempunyai bahan yang menyebabkan kanser seperti sumber protein yang lain.

 

Baca Juga: Rahsia Badan Tegap

 

2. Penglihatan mata

Omega-3 dan DHA yang terkandung dalam ikan salmon ini membantu masalah mata kering yang kronik. Molekul yang terdapat dalam Omega-3 dipercayai membantu mengurangkan masalah keradangan mata dan membantu dalam meningkatkan kadar penglihatan anda di usia lanjut.

 

3. Mengurangkan masalah otak

Vitamin D yang terdapat dalam ikan salmon ini membantu fungsi otak. Risiko untuk mendapat Alzheimer dan Parkinson di usia mendatang boleh dikurangkan dengan pengambilan ikan ini. Daya ingatan juga dapat ditingkatkan dan risiko kemurungan dapat dikurangkan.

 

Baca Juga: 6 Makanan Cergaskan Otak

 

4. Penyelesaian masalah kulit dan rambut

Dengan adanya Omega-3 yang terkandung di dalam ikan salmon, sel kulit boleh di lindungi dan kelembapan boleh di kekalkan. Bukan sahaja melindungi, bahkan ia menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi untuk menjadikan kulit anda lebih sihat.

Asid lemak yang kaya di dalam ikan salmon dapat mengekalkan kekuatan rambut, folikel dan juga membantu menyihatkan rambut anda agar kelihatan bermaya dan sentiasa segar.

 

5. Perkembangan bayi dalam kandungan dan juga kesihatan ibu hamil

Salmon mengandungi jumlah merkuri yang lebih rendah sekaligus mengelakkan risiko gangguan pada proses pengembangan sistem saraf bayi.

Namun begitu perlu diingatkan juga, elakkan pengambilan salmon yang terlalu banyak terutamanya untuk ibu mengandung bagi mengurangi bahaya merkuri yang terkandung di dalamnya.

 

Resipi Ikan Salmon

Salmon Grill Sos Lemon Mentega

ikan salmon - women online magazine (1)

Bahan-bahan:

  • 4 keping ikan salmon
  • 2 brokoli
  • 4 biji ubi kentang jenis russet

Bahan-bahan sos:

  • 80 gram butter
  • 1 sudu kecil minyak zaiton
  • 1 cawan susu full cream
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 6 helai daun pasley
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak:

  1. Bersihkan ikan salmon kemudian gaulkan dengan black pepper dan sedikit garam. Perap ikan itu selama 1 jam. Kemudian panaskan grill pan dengan sedikit minyak zaiton dan grill ikan salmon sehingga masak. Apabila ikan dah masak, boleh di grill pula ubi kentang sehingga lembut serta masak.
  2. Potong semua sayur brokoli dan kukus sayur brokoli. Sayur brokoli itu di kukus sekejap sahaja kerana jika sayur itu overcook, ia akan terlalu lembik. Bersihkan ubi kentang russet dan rebus sehingga empuk. Kemudian tos dan ketepikan dahulu.
  3. Panaskan semua butter dengan minyak zaitun dan biarkan sehingga butter cair. Kemudian terus masukkan susu, serbuk lada hitam, daun herba pasley yang diracik halus dan kacau kuah sehingga hampir mendidih.
  4. Bila kuah hampir mendidih masukkan garam dan jus lemon secukupnya. Jika anda seorang yang sukakan masam, anda boleh menambah lagi jus lemon. Seterusnya biarkan kuah mendidih. Tutupkan api dan anda boleh hidangkan terus kerana menu ni lebih sedap jika di makan sewaktu masih panas.

 

Salmon Grill Brussel Sprout

ikan salmon - women online magazine (2)

 Bahan-bahan A:

  • Kepingan ikan salmon
  • Serbuk lada hitam
  • Garam secukupnya
  • Minyak zaitun

Cara memasak:

Bersihkan ikan salmon kemudian lumur kepingan ikan ini dengan garam. Panaskan grill pan dan letakkan sedikit minyak zaitun.Apabila grill pan cukup panas, letakkan kepingan ikan dan taburkan serbuk lada hitam ke atas pemukaan isi ikan. Pastikan api sentiasa sederhana untuk memastikan ikan tidak terlebih masak. Balik-balikkan ikan tersebut dan biarkan sehingga ikan masak.

Bahan-bahan B:

  • 1 peket sayur Brussel
  • 5 biji cendawan butang fresh
  • 2 ulas bawang putih – dicincang
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji buah lemon
  • 2 sudu besar butter
  • 1/2 cawan cream
  • Daun sup – diracik halus

Cara memasak:

  1. Buangkan sedikit bahagian bawah sayur ni dan potong sayur ini menjadi 2. Gunakan periuk yang sesuai, rebus air sehingga mendidih dan masukkan sedikit garam. Celur sayur ini selama 1 minit sehingga warna sayur bertukar menjadi hijau cerah. Tos sayur dan ketepikan.
  2. Masukkan semua butter dan tumis bawang putih sehingga wangi kemudian masukkan semua cendawan dan kacau semua bahan-bahan sehingga cendawan separuh masak, boleh la dimasukkan daun sup tadi dan kacau lagi.
  3. Masukkan sayur brussel ni dengan cream dan kacau sehingga cukup mesra. Jika anda mahukan kuah yang lebih, tambahkan sedikit lagi cream. Kemudian masukkan garam dan serbuk lada secukup rasa. Kemudian kacau sayur dan jangan biarkan ia masak terlalu lama. Tutupkan api dan hidangkan sayur ini bersama ikan salmon grill tadi serta hirisan buah lemon.

 

Jangan lupa SHARE resepi ini ya.

<< Dapatkan Resepi Sandwich Tuna di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Tips Motivasi Diri Untuk Berjaya

Next post

6 Cara Hilangkan Mengantuk Lebih Berkesan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *