CantikKulit

Kebaikan Air Laut Bukan Sekadar Bagus Untuk Kesihatan, Tetapi Juga Untuk Cantik!

manfaat air laut - women online magazine

Anda suka berenang atau bermain air di pantai? Ternyata kesukaan anda itu sebenarnya sangat baik untuk kesihatan dan juga kecantikan anda.

Ini kerana air laut memiliki 84 elemen seperti magnesium, potasium, kalsium sulfat, dan sodium yang sama dalam tubuh manusia yang bermanfaat untuk diri anda.

Manfaat Air Laut Untuk Kesihatan

Manfaat air laut ialah ia dipercayai mampu menyembuhkan demam dan gejala flu, termasuk bronchitis and sinusitis. Malah menghirup garam laut dapat membantu mencairkan lendir dan hingus yang membuatkan anda susah untuk bernafas.

Kombinasi matahari dan air laut dapat membantu tubuh mengatasi tekanan dan keletihan. Ini kerana kandungan magnesium, litium dan bromine memberikan efek menenangkan dan memiliki kemampuan menstabilkan serotonin, melatonin dan triptamin pada otak. Magnesium juga berfungsi membuat otot dan saraf anda tenang sehingga menyembuhkan insomnia.

  • Menyembuhkan Luka

Salah satu manfaat air laut adalah kemampuannya untuk menyembuhkan penyakit atau iritasi pada kulit termasuk luka ringan kerana air laut mempunyai garam dan potasium klorida.

Manfaat Air Laut Untuk Kecantikan

Tahukah anda manfaat air laut ini ialah ia dapat merawat masalah kulit seperti jerawat atau bekas jerawat yang sukar untuk anda hilangkan. Kandungan garam yang tinggi mampu menyembuhkan, membersihkan, menghilangkan bekas jerawat. Bahkan, jika kulit anda mempunyai lekukan atau nama lainnya ‘moon skin’,anda juga boleh mengurangi lekukan itu dengan menggunakan terapi air laut.

Manfaat air laut yang lain ialah ia mampu membersihkan rambut secara menyeluruh sehingga ke dalam pori kulit kepala anda.Selain itu,air laut mampu mengurangi kelemumur pada rambut.

Air laut juga mengandungi banyak mineral, terutamanya magnesium yang membantu meningkatkan kelembapan pada permukaan kulit sehingga kulit anda tampak segar bercahaya.

Manfaat air laut yang terakhir ialah selalunya digunakan oleh spa-spa dalam layanan perawatan mereka. Garam pada air laut dapat membantu melepaskan racun dari kulit dan berfungsi sebagai pengelupas yang menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru.

Kesimpulan

Selepas ini bolehlah anda menghabiskan masa terluang anda dengan mandi-manda di laut kerana ternyata ia baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit anda.

Kredit foto: sunny

<<Jom dapatkan kulit yang cantik,gebu dan anjal dengan menggunakan kombinasi vitamin yang tepat di sini

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Intai 7 Tempat Menarik & Seronok Dilawati Di Kota Kinabalu

Next post

Dua Resepi Lazat Cendawan Tiram

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *