ResepiSaji

Dua Resepi Lazat Cendawan Tiram

cendawan tiram - women online magazine

Cendawan tiram antara menu diet atau pemakanan yang bukan sahaja menyelerakan tetapi juga berkhasiat untuk kehidupan seharian.

Disebut sebagai makanan yang mengandungi herba bermanfaat, ia mejaya meraih perhatian para saintis Barat untuk melakukan penyelidikan. Umum mengetahui, cendawan tiram telah lama diamalkan sebagai makanan dan ubatan herba tradisional di China dan Jepun. Di Asia, selain dari makanan, cendawan tiram turut digunakan untuk meringankan kesakitan dan merawat penyakit.

Kali ini chef WOM.my akan berkongsi dua resepi lazat cendawan tiram!

Resepi Sup Cendawan Tiram

cendawan tiram - women online magazine 1

Bahan-bahan

  • Cendawan tiram ( dibasuh bersih dan disiat sedikit)
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar rempah soto (dibancuh dengan air)
  • 6 biji cili padi
  • 1 batang lobak merah
  • Isi ayam (dipotong kecil)
  • 1 biji limau nipis (diperah)
  • 1 kiub ayam
  • Air dan garam secukupnya
  • Daun sup/daun bawang
  • Bawang goreng

Bahan tumis

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 bunjut sup tulang
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • ½ halia

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis dan bunjut sup tulang hingga wangi. Kemudian masukkan bawang putih, bawang merah serta halia. Kacau sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan rempah soto yang dibancuh dengan air. Kacau rata sehingga rempah garing.
  3. Masukkan potongan ayam dan kacau supaya ayam bergaul mesra dengan rempah. Tutup periuk dan biarkan ayam mereneh dengan api yang perlahan.
  4. Kemudian masukkan air secukupnya, kiub ayam, serbuk lada hitam, dan garam. Biarkan mendidih dan masak sehingga ayam empuk.
  5. Selepas itu masukkan lobak merah dan biarkan sehingga empuk.
  6. Akhir sekali masukkan cendawan dan cili padi yang diketuk. Biar sup mendidih sekali lagi Biarkan ia sehingga masak. Kemudian bolehlah dipadamkan api.
  7. Masukkan perahan limau nipis, kacau dan bolehlah dihidangkan. Jangan lupa taburkan sedikit daun sup/daun bawang serta bawang goreng untuk nampah lebih menarik.

Resepi Cendawan Tiram Goreng Tepung

cendawan tiram - women online magazine 2

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 cawan air sejuk
  • Garam secukupnya 250g cendawan (dibasuh dan perah)
  • Sedikit lada sulah

Cara Memasak

  1. Masukkan tepung gandum, tepung beras, mentega, air sejuk dan garam serta lada sulah. Gaul perlahan sehingga ia sebati. Pastikan bancuhan itu tidak berketul dan terlalu cair.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Apabila minyak sudah cukup panas, celupkan cendawan tadi dalam bancuhan dan masukkan ke dalam kuali perlahan-lahan.
  3. Biarkan ia masak sehingga kekuning-kuningan.
  4. Angkat dan toskan minyaknya.
  5. Hidangkan bersama mayonis dan sos cili thai. Sedap jika dimakan panas-panas.

Kredit foto: freshcropmushroomsmyprivatechefmrandmrsvegan

<<Cuba resepi popia basah untuk minum petang di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Kebaikan Air Laut Bukan Sekadar Bagus Untuk Kesihatan, Tetapi Juga Untuk Cantik!

Next post

Langsing Dengan Pil Kurus!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *