CantikDiet

8 Makanan Sihat Untuk Diet Yang Wajib Anda Nikmati

Makanan Sihat Untuk Diet - Women Online Magazine

Berangan nak kurus, tetapi anda makan tetap banyak! Kalau macam tu, jangan mimpilah anda kurus!

Sekiranya anda mengambil makanan dengan kalori lebih daripada apa yang diperlukan oleh tubuh, berat badan anda secara automatik akan turut bertambah. Sungguhpun begitu, jangan risau kerana ada beberapa jenis makanan yang boleh menimbulkan efek kenyang lebih lama dari makanan lain. Jika rasa kenyang terasa lebih lama, secara automatik anda pasti tidak akan mencari-cari kudapan lain untuk mengisi kekosongan perut.

Anda perlu pilih makanan yang tinggi serat, mengandungi protein dan lemak sihat serta tinggi kadar airnya. Apa yang menariknya, makanan tersebut adalah makanan yang juga mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh anda.

Berikut adalah 8 jenis makanan sihat untuk diet anda:

  1. Kacang Soya

Kacang soya mengandungi Omega 3, kalsium dan zat besi. Makanan ini popular untuk si vegetarian. Selain dimasak, soya juga boleh dinikmati dalam bentuk susu, tofu, tauhu ataupun tempe.

  1. Epal

Epal merupakan contoh serat yang mudah dihadamkan untuk memerangi kolesterol. Epal juga bagus sebagai sumber vitamin C. Epal mengandungi ‘plavonoid’ dan ‘quecertin’ yang boleh mencegah penyakit kanser. Untuk mendapatkan hasil maksimum, makan epal bersama kulit-kulitnya setelah dibersihkan.

  1. Bluberry

Blueberry kaya serat, vitamin C dan antioksidan. Jenis berry lainnya juga boleh dijadikan pilihan. Dimakan ketika masih segar atau ditambah dalam yoghurt, bijirin, dan salad. Khasiat berry tetap baik sebagai makanan sihat untuk diet.

  1. Kacang Almond

Kacang almond kaya dengan serat dan protein. Ia juga sumber zat besi, magnesium dan vitamin E. Hindari pengambilan kacang almond yang digaul dengan banyak garam atau diolah dalam bentuk makanan manis kerana ia memberikan efek buruk untuk program diet anda.

  1. Bayam

Bayam berguna untuk rambut dan kulit kerana kaya zat besi, magnesium serta vitamin A dan C.

  1. Kacang Merah

Kacang merah mengandungi serat, protein, zat besi,magnesium tinggi dan sejumlah vitamin serta mineral. Tambahkan kacang merah dalam salad atau sup, jadikan ia sebagai makanan sihat untuk diet anda.

  1. Brokoli

Brokoli merupakan sumber kalsium, potassium serta vitamin A dan C. Untuk mendapatkan khasiat terbaik, jangan masak terlalu lama dan sebaiknya hindari meletakkan sos serta keju yang berlebihan.

  1. Salmon

Kebanyakan jenis ikan dan seafood merupakan pilihan sihat, tetapi salomon adalah ikan yang paling bagus dengan kandungan protein serta asid amino Omega 3 tinggi. Selain itu, salmon juga rendah kolesterol.

Kredit foto: images7.alphacoders

<< Ketahui diet mudah untuk kuruskan badan di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Berbelanja Sambil Beramal Bersama The Batik Boutique!

Next post

D’wapinz Pertaruhkan ‘Berharap Kau Setia’

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *