CantikDietDietSihat

5 Tips Mudah Untuk Kurus Selepas Bersalin

Kurus Selepas Bersalin - woman online magazine.jpg

Kredit : azplasticsurgerycenter

Kurus Selepas Bersalin. Tahukah anda bahawa kehamilan menjadi salah satu penyebab utama kenaikan berat badan wanita.

Berikut beberapa cara sederhana untuk kembali kurus selepas bersalin yang boleh dipraktik.

 

  1. Pengambilan Makanan Seimbang

Anda yang baru melahirkan anda memang tidak boleh melakukan diet. Jadi, pastikan apa yang anda makan itu merupakan makanan sihat. Makanan seimbang perlu mencukupi dengan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, daging tanpa lemak, produk susu rendah lemak serta ikan.

Cara semulajadi untuk kembali kurus selepas bersalin adalah dengan cara menyusui bayi anda.Ia bukan sahaja bagus untuk tumbesar bayi, tetapi turut membantu anda menurunkan berat badan. Menyusui bayi dikatakan mampu membakar sebanyak 500 kalori sehari.

 

Baca Juga: Pemakanan Ibu Hamil

 

  1. Minum Banyak Air Masak/Putih

Anda kena minum air masak atau air putih, paling kurang 8 gelas sehari.Apabila air kencing anda berwarna kuning, itu merupakan tanda-tanda dehidrasi.Anda disarankan minum air masak atau putih banyak -banyak untuk menyegarkan tubuh dan juga meningkatkan serta mengembalikan sistem metabolisme tubuh.

 

Baca Juga: Kelebihan Air Suam

 

  1. Bersenam

Jangan terkejut ya! Anda sebenarnya tidak perlu pergi ke gym pada saat ini.Anda boleh bersenam bersama bayi anda. Misalnya, mengajak bayi anda bersiar-siar, tak kira sama ada menolaknya menaiki kereta sorong ataupun mendukungnya kerana ia mampu membantu anda membakar lemak.

 

Baca Juga: Senaman Mengecilkan Perut

 

  1. Makan Bila Perut Terasa Lapar

Jangan melambat-lambatkan waktu makan anda semata-mata ingin cepat kurus. Anda perlu ingat bahawa anda sedang menyusukan bayi. Jadi, kedua-duanya perlu mendapatkan nutrisi yang secukupnya.Atur jadual pemakanan anda dan makan dalam jumlah kalori yang masuk akal pada setiap makanan.

<< Ketahui 5 jenis jus yang boleh buat anda cepat kurus di sini

 

 

Previous post

Kesan Jerebu Boleh Buat Kita Jatuh Sakit!

Next post

Tunaikan Zakat Pendapatan Untuk Hidup Lebih Berkat

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *