ProblemSihat

5 Cara Semulajadi Redakan Sakit Leher

sakit leher -woman o nline magazine

Kredit : lifesystemschiropractic

Sakit Leher. Anda tentu pernah mengalami sakit leher? Nak pusing ke kanan atau kiri terasa amat sakit. Rasa kejang semacam!

Sebenarnya sakit leher ini disebabkan banyak faktor. Antaranya tersalah ketika tidur, dan keadaan ini amat menyakitkan serta mengganggu aktiviti seharian anda.

Berikut beberapa cara menggunakan bahan semulajadi yang boleh meredakan atau menyembuhkan sakit leher. Antaranya:

 

  1. Minyak Essential

Tahukah anda bahawa minyak essential juga boleh meredakan sakit leher. Caranya mudah sahaja, sapukan minyak tersebut di leher, kemudian urutlah secara perlahan. Bahan-bahan yang terkandung dalam minyak essential seperti Rosemary, Lavender, Pinus dan Pala cukup berkhasiat. Bahkan aroma yang ditimbulkannya juga boleh membuatkan anda jauh lebih relaks serta membuatkan otot leher anda menjadi lentur.

 

Baca Juga: Kehebatan Minyak Lintah

 

  1. Ais Batu

Ais batu dikatakan dapat meredakan rasa sakit pada leher kerana ia berfungsi untuk meredakan rasa sakit dan juga ngilu. Caranya. Tekap leher yang sakit dengan menggunakan air batu selama 10-15 minit. Ini adalah kerana sifat ais batu yang sejuk boleh membuatkna leherjauh lebih relaks.

 

  1. Celery

Sayur celery memang banyak manfaatnya, selain dapat menyihatkan rambut dan juga kesehatan tubuh. Celery juga boleh digunakan sebagai alternatif untuk menyembuhkan sakit leher atau kejang leher yang disebabkan oleh salah tidur. Caranya mudah, minumlah jus celery secara teratur pada setiap hari.

 

  1. Kulit Kayu Manis

Kulit kayu manis juga boleh berfungi untuk menyembuhkan sakit leher. Anda perlu rendamkan kulit kayu manis dengan menggunakan air suam dan ciumlah aroma wanginya sehingga membuatkan anda rasa lebih relaks.Selain itu, air bekas merendam kulit kayu manis tersebut juga boleh digunakan untuk dituam pada leher yang kejang itu.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Ketahui cara berkesan untuk menghilangkan bulu kaki di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

4 Masalah Kesihatan Wanita Yang Akan Buat Anda Rasa Ngeri

Next post

6 Cara Buat Bilik Tidur Jadi Lebih Selesa

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *