Hati-Hati Dengan Penipu Bila Beli Barang Online
Kredit Foto: fashmag
Beli Barang Online.Kini semuanya hanya berada di hujung jari sahaja.Untuk membeli barang pun, anda tidak perlu ke kedai kerana melalui online, semuanya sudah tersedia!
Penjualan barang online menjadi satu fenomena dan jangan tekejut ia mampu menjadi punca rezeki bagi sesetengah pihak.Beli barang online ada kebaikan dan keburukannya.Ini adalah kerana kita tidak dapat melihat, memegang, dan memeriksa barang tersebut. Hanya paparan gambar dan testimoni sahaja yang dapat dilihat.
Kes-kes seperti tertipu ketika membeli barang online seperti tidak menerima barang yang dipesan, beli barang online yang lain tetapi yang diterima hanyalah seketul batu ataupun produk lain sudah biasa didengari.
Hal ini kadangkala menjadikan ramai orang takut untuk beli barang online. Penipu berada di mana sahaja. Kita tidak mungkin dapat menghapuskan mereka, tetapi kita mampu untuk mengelak dari menjadi mangsa penipuan online.
Kali ini, WOM.my berkongsi tips supaya tidak ditipu sewaktu membeli barangan secara online di internet
Tips 1 : Lihat Website Jualan
Sekiranya anda memilih untuk membeli melalui website persendirian mahupun melalui akaun facebook dan instagram, lihat dahulu website tersebut. Lakukan blogwalking.
Jika ia seperti sebuah website yang belum siap dan terdapat banyak link yang tidak boleh dibuka, anda harus berfikir berulang kali untuk membeli. Mungkin pemiliknya masih lagi dalam proses untuk menyiapkan websitenya, atau mungkin juga website tersebut sudah tidak dipedulikan oleh pemiliknya. Bookmark juga website tersebut sebagai rujukan di kemudian hari.
Baca Juga: Tips Perniagaan Online Sihat
Tips 2 : Hubungi Penjual
Ini adalah tips yang paling mudah dan berkesan. Cari maklumat penjual “contact” di website tersebut dan cuba hubungi mereka sendiri. Pastikan website niaga itu ada pendaftaran syarikat, alamat, email mahupun nombor telefon untuk dihubungi.
Ini bagi membolehkan anda dilindungi dengan undang-undang terhadap sebarang penipuan. Mereka pasti akan memberikan maklumbalas jika perniagaan mereka masih lagi aktif. Jika tiada maklumbalas sehingga berminggu-minggu, pasti anda tahu akan jawapannya.
Tips 3 : Dapatkan Review
Ringankan mulut untuk bertanya rakan-rakan anda di facebook, ataupun orang lain samada mereka pernah mempunyai pengalaman membeli dari website tersebut. Jika tiada masalah, maka anda mungkin boleh meneruskan proses pembelian anda.
Tips 4 : Lihat Feedback Dan Testimoni
Anda boleh melihat feedback pembeli-pembeli sebelumnya. Jika banyak komen positif yang diberikan,maka itu bermakna penjual tersebut boleh dipercayai dan urusan pembelian anda juga mungkin akan berjaya dilakukan tanpa sebarang masalah.
Tips 5 : Semak di Facebook
Kebiasaanya, penjual akan memaparkan link fanpage di facebook mereka. Cuba periksa halaman fanpage, adakah mereka masih mengemaskini ataupun tidak mengemaskini fanpage tersebut.
Lihat tarikh post setiap entri berkaitan produk. Jangan beli produk yang diterbitkan pada tarikh yang dah berkurun lama. Selain itu, lihat juga komen-komen dari pelanggan yang sedia ada di fanpage tersebut. Pelanggan yang tidak berpuashati akan cenderung untuk meninggalkan komen yang negatif.
Baca Juga: Tips Atasi Sikap Boros
Tips 6 : Berwaspada Dengan Harga Yang Terlalu Murah
Jika anda melihat harga produk tersebut terlalu murah dari harga pasaran, mungkin ada sesuatu yang tidak kena.Samada produk tersebut sebenarnya adalah produk klon atau mungkin, sebenarnya produk tersebut memang tidak wujud dan penjual tersebut memang semata-mata mahu menipu.
Sebaik sahaja anda membuat bayaran kepada mereka,dan anda dapati mereka menghilangkan diri, tidak dapat dihubungi dan anda tidak akan terima sebarang produk dari mereka. Ikuti tips seterusnya.
Tips 7 : Simpan Semua Bukti Pembelian, Sms dan Email
Jika anda tertipu dan ingin membuat laporan polis, semua bukti-bukti pembelian adalah penting supaya anda boleh kemukakan kepada pihak polis.
Jadi, simpan semua rekod yang ada, sama ada dari email-email yang anda hantar dan terima dari penjual, mahupun rekod-rekod perbualan anda di SMS dengan pihak penjual.
Begitu juga dengan bukti pembayaran dan transaksi online, pastikan anda menyimpan rekod bagi setiap transaki bayaran yang anda jalankan. Cara sebegini sangat membantu dan setidak-tidaknya anda tidak berputih mata!
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda yang gemar membeli secara online.
<< Belajar cara buat duit secara online di sini.
No Comment