CantikKewanitaanSihat

6 Cara Semulajadi Besarkan Payudara

cara besarkan payudara - women online magazine

Kredit Foto: jovettearcher

Cara Nak Besarkan Payudara. Kebanyakan wanita memang punya impian untuk memiliki bentuk dan ukuran payudara yang besar dan padat.

Mereka percaya, semua itu mampu membuatkan mereka nampak lebih sempurna, seksi dan berkeyakinan. Jadi, sebab itulah ramai wanita yang memiliki payudara yang kurang ideal berusaha mencari cara nak besarkan payudaranya.

Bagi yang mampu, mereka lebih cenderung melakukan cara perubatan dengan melakukan pembedahan  plastik ataupun suntikan silikon untuk membesarkan payudara. Meskipun berisiko tinggi terhadap kesihatan, namun masih ramai yang sanggup melakukannya demi untuk tampil cantik dan seksi.

Sebenarnya ada banyak cara  semulajadi yang boleh anda cuba untuk membesarkan payudara anda itu tanpa perlu melakukan pembedahan dan sebagainya.

Berikut ini cara nak besarkan payudara secara semulajadi dan selamat yang boleh anda cuba.

1.Gunakan Putih Telur

Sapukan payudara dengan menggunakan putih telur pada malam hari ketika anda hendak tidur. Urut lembut, dan biarkan semalaman. Keesokan pagi, bilaslah dengan air suam sambil melakukan urutan melingkar. Lakukan secara teratur untuk mendapatkan hasil yang baik.

 

Baca Juga: Khasiat Putih Telur

 

2.Khasiat Daun Sirih

Petua tradisional ini dikatakan berkesan dan sering diamalkan oleh gadis-gadis remaja pada zaman dahulu. Ambil beberapa helai daun sirih yang masih muda dan berdaun lebar. Letakkan minyak kelapa secukupnya pada daun sirih tersebut. Layurkan dengan menggunakan api lilin dan sapukan pada buah dada. Biarkan sehingga kering dan lakukannya secara rutin.

 

3. Kunyit, Madu dan Bawang Merah

Campurkan bawang merah dengan kunyit hidup yang telah dikisar halus serta madu sebagai krim. Kemudian sapukan krim tersebut sambil mengurut lembut payudara. Biarkan selama 30 minit dan lakukanya secaa teratur bagi mendapatkan hasil sepertimana yang anda impikan.

 

4. Labu

Labu juga dikatakan mampu membesarkan saiz payudara. Rebus labu tersebut hingga menjadi lembik. Lumatkan. Biarkan sejuk, kemudian sapukan pada seluruh payudara selama 20 minit. Lakukan dua kali seminggu.

 

Baca Juga: Khasiat Labu

 

5. Kacang Panjang

Gunakan tuala kecil, dan tuam payudara dengan air suam. Kemudian, ambil kacang panjang yang sudah dilumatkan dan sapu di seluruh permukaan payudara. Biarkan selama tiga jam, kemudian bilas dengan air sejuk. Lakukan tiga  kali seminggu.

 

6. Guna Minyak Ikan

Minyak ikan sangat bagus digunakan sebagai minyak untuk mengurut payudara. Sapukan pada payudara setelah mandi. Urut perlahan-lahan dan lakukanya secara rutin.

 

Info Ekstra!

Makan Terbaik Untuk Besarkan Payudara

  • Pengambilan Soya

Soya serta produk makanan yang diperbuat daripada soya dikatakan sangat baik untuk membesarkan payudara. Kandungan estrogen semulajadi yang terdapat pada soya mampu memenuhi keperluaan hormon estrogen tubuh sehingga berupaya membesarkan payudara.

  • Kebaikan Susu

Sama juga seperti soya, susu juga  mengandungi estrogen semulajadi sehingga jika diambil secara teratur ia cukup baik untuk perkembangan payudara anda.

  • Kacang

Hampir semua jenis kacang kaya dengan kandungan zat besi dan serat. Ia mampu meningkatkan hormone estrogen dalam tubuh di mana hormone ini memainkan peranan penting bagi pertumbuhan payudara.

  • Pengambilan Rempah Ratus

Rempah ratus seperti kunyit, halia, lada, cengih dan aregano juga sangat bagus untuk membesarkan payudara. Jadi, perbanyakkan bahan-bahan ini pada masakan anda ya!

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya!

<< Buat anda yang sering mengalami stress, ketahui cara menangani stress dalam masa 10 minit di sini.

 

 

 

Previous post

4 Cara Berjimat Cermat Paling Mudah Setelah Nikah

Next post

3 Manfaat Hebat Daripada Lulur Kopi

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *