Ada Apa?X-Tra

6 Ciri Kucing Bengal Yang Perlu Anda Tahu Jika Ingin Membelanya

Kucing Bengal - Women Online Magazine

Kredit Foto: purrfectcatbreeds

Kucing Bengal. Ia adalah baka daripada hibrid kucing domestik.Kucing bengal terhasil daripada penyilangan gen seekor kucing domestik dengan kucing harimau Asia, Prionailurus Bengalensis.

Nama kucing bengal berasal daripada nama taksonomi kucing harimau Asia, P. b. Bengalensis. Kucing bengal mempunyai penampilan liar tetapi manja. Kucing bengal dikenali dan diminati ramai kerana keunikan warna dan corak yang menghiasi tubuhnya. Warna yang terang dan bintik-bintik dibadannya begitu jelas dan menyerupai corak harimau bintang.

 

Baca Juga: Makanan Terbaik Kucing

 

Personaliti Kucing Bengal

Kucing bengal adalah spesis kucing yang aktif dan mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Ia juga haiwan yang sukakan ketinggian. Sekiranya anda mengharapkan seekor kucing yang suka duduk dibawah melepak, Kucing bengal bukanlah jenis yang sesuai.Selain itu, kucing bengal juga merupakan spesis yang sangat manja dengan manusia.

Ia suka dibelai dan diriba oleh manusia.Aktiviti yang paling digemarinya adalah bermain. Bermain yang dimaksudkan disini ialah kejar mengejar, memanjat dan menyiasat kawasan persekitarannya. Kucing ini cukup pandai membahagikan masa tidur mereka dengan bermain. Kebanyakan kucing bengal juga tidak mempunyai masalah dengan air dan kebanyakkan daripadanya sukakan air.

 

Ciri-Ciri Kucing Bengal

  1. Rupanya seperti harimau bintang.
  2. Saiz kucing jantan baka jenis ini lebih besar daripada kucing betina.
  3. Baka kucing jenis ini lazimnya mempunyai tubuh berotot dan kelihatan tegap.
  4. Memiliki dua kategori corak iaitu Spotted dan Marble. Kucing bengal bercorak Spotted mirip seperti harimau bintang.Manakala kucing bengal dengan corak Marble pula, corak pada badannya kelihatan berputar secara rawak atau bergarisan tebal secara mendatar atau menyerong.
  5. Warna pada corak yang paling banyak dilihat ialah warna coklat dan hitam berjalur.
  6. Beratnya apabila dewasa boleh mencecah antara 3 hingga 5 kilogram.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Ketahui kehebatan anjing polis di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Nikmati Keenakan Resepi Pajeri Terung

Next post

17 Makanan Kelantan Paling Sedap

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *