Nikmati Keenakan Resepi Pajeri Terung
Kredit Foto: Sekadar Hiasan
Resepi Pajeri Terung.Pelbagai variasi masakan pajeri. Antaranya yang paling popular adalah resepi pajeri terung dan pajeri nanas.
Sama ada Pajeri terung ataupun nanas, kedua-duanya mempunyai rasa yang tersendiri. Apatah lagi, setelah digandingkan dengan bahan serta rempah ratus yang cukup memberikan nikmat selera buat tekak.
Resepi Pajeri Terung yang Chef WOM.my sediakan ini, boleh sahaja anda gantikan dengan Nanas jika anda lebih menyukai nanas berbanding dengan terung ungu tersebut.
Kebiasannya sesuai di jadikan salah satu menu untuk majlis perkahwinan atau untuk majlis keramaian.
Dapatkan Juga: Resepi Ayam Percik
Berikut Resepi Pajeri Terung
Bahan-bahan yang diperlukan:
4 biji terung unggu di belah separuh putus dan direndam di dalam air untuk seketika.
2 biji bawang putih (dikisar)
3 biji bawang merah (dikisar)
1cm halia (dikisar)
1 cm kunyit hidup (dikisar)
2 sudu besar cili kering kisar
5 sudu besar serbuk rempah (dibancuh sedikit dengan air)
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum buah pelaga
2 bunga cengkih
1 sudu air asam jawa
4 sudu besar kerisik
2 cawan santan
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Dapatkan Juga: Resepi Nasi Tomato
Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dan masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih.
2. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit yang sudah dikisar.
3. Kacau sehingga naik bau harumnya dan kemudian masukkan cili kering yang sudah dikisar.
4. Kacau hingga sebati dan masukkan pula serbuk kari.
5. Gaul lagi hingga sebati dan masukkan terung.
6. Setelah itu masukkan santanm garam, gula dan serbuk perasa Biarkan mendidih.
7. Terakhir masukkan kerisik dan air asam jawa dan masak sehingga kuahnya pekat.
8. Jika cukup semua rasanya, bolehlah tutup api dan segera dihidangkan.
Nota Kaki: Anda boleh SHARE artikel ini.
<< Dapatkan resepi ayam bakar BBQ yang cukup lazat. Klik link ini.
No Comment