ResepiSajiSelera

Resepi Ayam Bakar BBQ

resepi ayam bakar bbq - women online magazine

Kredit foto: cincinnatisymphony

Ayam Bakar BBQ. Membuat Ayam Bakar BBQ tidaklah sesukar mana. Anda boleh mencubanya sendiri di rumah.

Jadikan menu Ayam Bakar BBQ ini sebagai menu favourite keluarga anda. Apatah lagi, anda yang membuatnya sendiri.  Sudah tentu anda mahukan citarasa yang sesuai dan sedap dengan selara anda seisi keluarga.

Untuk mendapatkan enakkan rasa Ayam Bakar BBQ ini anda perlu sesuaikan rempah ratusnya dengan kuantiti daging ayam tersebut. Barulah rempah BBQ tersebut dapat digaul sempurna dengan daging ayam. ‘Marinade’ bersama rempah BBQ selama sejam supaya rempahnya benar-benar meresap.

 

Berikut Resepi Ayam Bakar BBQ

Bahan-bahan yang diperlukan:

500gram paha atau kepak ayam (dicuci bersih)

200 gram gula pasir

100 ml air

 

Rempah BBQ

5 biji bawang putih, dikisar halus

6 sudu besar sos BBQ segera

2 sudu besar sos tiram

5 sudu besar sos cili

2 sudu besar serbuk kari

1 sudu besar serbuk cili

Garam secukupnya

 

Dapatkan Juga: Resepi Ayam Masak Merah

 

Cara Membuatnya:

1. Campur gula dan air, panaskan seketika sehingga menjadi likat (gula hangus). Angkat dan ketepikan.

2. Tumis bawang putih sehingga naik bau.

3. Kemudian campur bawang putih, gula hangus dan ke semua bahan lain di dalam sebuah mangkuk dan gual hingga sebati.

4. Masukkan ayam ke dalam rempah BBQ, gaul rata sehingga ia meresap.

5. Perap, tidak kurang daripada setengah jam untuk mendapatkan hasil Ayam Bakar BBQ yang lebih enak.

6. Setelah cukup sebati, bakar ayam atau panggang ayam tersebut dengan alat  pemanggang atau pembakar.

7.Bakar sehingga ayam tersebut masak. Balik-balikkannya supaya ayam tidak hangus.

8.Apabila sudah masak, bolehlah dihidangkan bersama hirisan mentimun, tomato, nasi panas dan juga sambal atau sos BBQ. Sedapnya!

 

Nota Kaki: SHARE resepi ini ya!

<< Ketahui Resepi Ayam Goreng Berempah di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Petua Miliki Rambut Tebal Yang Cantik

Next post

9 Rahsia Kejayaan Perniagaan Online

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *