ResepiSajiSelera

Resepi Ayam Goreng Berempah

resepi ayam goreng berempah - women online magazine

Ayam goreng termasuk dalam kategori masakan yang cukup mudah untuk disediakan. Tak lebih daripada 30 minit, dah siap!

Resepi Ayam Goreng Berempah ini cukup istimewa. Biarpun proses pengolahan daripada membersihkan sehingga eposid goreng-menggorengnya tidak memerlukan masa yang lama, namun rasanya tetap sedap dan nikmat habis! Sesuai dijadikan hidangan untuk berbuka puasa atau bersahur.

Jom, semak Resepi Ayam Goreng Berempah ini.

Bahan-bahan yang diperlukan;

1 ekor ayam, dipotong dan cuci bersih.

Air, secukupnya.

Minyak untuk menggoreng.

 

Rempah Untuk Ayam Goreng (dikisar halus)

8 biji bawang merah

4 biji bawang putih

4 cm kunyit

2 cm halia

2 sudu teh serbuk ketumbar

1 sudu teh air asam Jawa

1 sudu teh gula

2 sudu teh garam

8 batang serai

 

Cara Membuat Ayam Goreng Berempah

1. Ayam yang sudah dipotong, dibersihkan dan dimasukkan ke dalam bekas.

2. Kemudian masukkan semua bahan rempah yang sudah dikisar halus.

3. Tambahkan sedikit air.

4. Gaul rata ayam tersebut bersama rempah tersebut.

5. Biarkan diperap lebih kurang selama  15 minit (lagi lama lagi bagus, supaya perapan tersebut lebih meresap).

6. Persiapan untuk menggoreng, panaskan minyak dan goreng ayam singga berwarna kuning keemasan.

7. Angkat dan toskan.

8. Hidang sedia untuk disajikan bersama nasi panas!

Selamat mencuba Resepi Ayam Goreng Berempah yang cara membuatnya cukup mudah, cepat dan sangat enak ini.

Kredit foto: manisakatering

<< Selalunya Ikan Pekasam, tapi ini Daging Pekasam. Perghh… Memang sedap! Jom cuba resepinya, klik link ini.

 

 

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Ketahui Cara Agar Tubuh Tetap ‘Fit’ & Sihat

Next post

Resepi Kek Milo

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *