ResepiSajiSelera

Resepi Ikan Kembung Asam Pedas

resepi ikan kembung - women online magazine

Foto: Sekadar gambar hiasan

Asam Pedas! Cukup nikmat apabila dimakan dengan nasi panas!Jom, cuba Resepi Ikan Kembung Asa Pedas yang telah dikongsikan oleh Chef WOM.my

Ikan kembung  adalah antara ikan yang paling popular dan cukup banyak dijual di pasar. Terdapat banyak cara atau resepi untuk memasak ikan kembung ini. Salah satunya adalah Asam Pedas. Resepi Ikan Kembung Asam Pedas ini harus dicuba menjadi menu anda sekeluarga.

Berikut Resepi Ikan Kembung Asam Pedas

Bahan yang diperlukan;

3 ekor ikan kembung

2 sudu teh serbuk kunyit

2 biji tomato (dibelah empat)

1 serai

6 batang daun kesum

4 sudu besar air asam jawa

1 bunga kantan

Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

 

Dikisar halus;

5 sudu besar cili kering (sudah dikisar)

2 biji bawang merah

1 biji bawang putih

 

Cara Membuatnya;

  1. Cuci bersih ikan kembung tersebut.
  2. Lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
  3. Kemudian goreng ikan kembung itu setengah masak. Angkat.
  4. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar (cili kering, bawang merah dan bawang putih) sehingga berbau harum, kekuningan.
  5. Berikan sedikit air, dan masukkan air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
  6. Masukkan ikan yang sudah digoreng tadi.
  7. Masukkan pula serai, bunga kantan, daun kesum dan juga tomato.
  8. Biarkan ia mendidih dan segala ramuan itu menyerap.
  9.  Angkat dan hidangkan.

 

<< Sudah membeli ikan pari, tetapi binggung untuk memasaknya. Masaklah Ikan Pari Bakar, klik link ini untuk  mendapatkan resepinya.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Tips Pilih Blouse Labuh Untuk Wanita Bertudung

Next post

9 Kebaikan Bersenam

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *