CantikRambut

5 Petua Miliki Rambut Tebal Yang Cantik

Rambut Tebal - Women Online Magazine

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: enunisonsalon

Rambut Tebal.Memiliki rambut yang sihat dan tebal tentu menjadi idaman ramai wanita. Bahkan, tak ada seorang pun yang mahu rambutnya rosak dan kering.

Tentu ada di antara kita yang beranggapan untuk mendapatkan rambut yang tebal perlukan duit lebih kerana kos merawat rambut agak mahal. Padahal, semua itu tak penting kerana anda boleh menggunakan cara semulajadi untuk memiliki rambut tebal dan sihat. Murah pun murah! Namun, ramai yang tidak tahu cara ataupun bahan semulajadi yang dapat membuat rambut tebal.

Berikut beberapa petua untuk mendapatkan rambut tebal secara semulajadi. Semak!

1.  Lidah Buaya

Manfaat lidah buaya untuk kesihatan rambut memang tiada tandingannya. Lidah buaya boleh menebalkan rambut. Caranya mudah sahaja, belah lidah buaya dan ambil bahagian dalamnya. Gosokkan bahagian dalam lidah buaya atau gel ke rambut secara merata dan biarkan selama sejam. Selepas itu, bilas dengan air bersih.

 

2. Daun Inai

Selain digunakan mewarnakan kuku, daun inai juga boleh digunakan sebagai perapi rambut semulajadi yang berguna untuk membuatkan rambut anda bersinar dan menjadi lebih tebal. Caranya, campurkan daun inai yang sudah dikisar halus dengan sedikit air putih. Pastikan tidak terlalu pekat dan jangan terlalu cair, tempelkan pada rambut dan kulit kepala. Kemudian biarkan selama 1-3 jam, setelah itu bilas dengan air suam. Lakukan cara ini minimum sebulan sekali.

 

Baca Juga: Khasiat Daun Inai

 

3. Bawang Merah

Tidak ramai yang tahu bahawa bawang merah baik untuk rambut. Bawang merah boleh membuat rambut menjadi tebal kerana bawang dapat merangsang pertumbuhan rambut. Caranya hanya dengan mengosok-gosokan bawang merah pada kulit kepala anda. Biarkan selama 15 minit saja, setelah itu bilas menggunakan syampu, untuk menghilangkan bau bawang dari kepala anda.

 

4. Kurangkan Penggunaan Alat Pelurus atau Pengeriting Rambut

Perkara ini telah menjadi trend di kalangan wanita untuk bereksperimen dengan penampilan mereka dengan mengkeriting, meluruskan dan mewarnakan rambut mereka. Namun, untuk  memiliki rambut sihat dan tebal, anda perlu menghadkan penggunaan produk styling. Menggunakan alat-alat styling rambut terlalu kerap boleh merosakkan akar rambut yang menyebabkan rambut kusut dan kasar.Lebih buruk lagi dapat melemahkan akar rambut dan menyebabkan rambut jadi semakin  menipis.

 

5. Putih Telur

Putih telur dapat menambah volume rambut agar lebih tebal serta mencegah rambut rosak. Bilas rambut dengan air sehingga rambut menjadi lembab. Pisahkan putih telur dengan kuning telur. Kacau putih telur yang sudah dipisahkan dengan kuning telur tersebut dan sapukan putih telur pada rambut serta kulit kepala sehingga merata. Biarkan selama 1-2 jam dan bersihkan rambut anda dengan air sejuk. Untuk menghilangkan bau putih telur anda boleh menggunakan syampu.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya!

<< Ketahui tips penjagaan rambut sihat melalui vitamin dan suplemen di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

9 Petua Semulajadi Paling Berkesan Untuk Atasi Rambut Gugur

Next post

Resepi Ayam Bakar BBQ

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *