Gaya HidupMotivasi

Penyebab Dan Bahaya Hasad Dengki

penyebab hasad dengki dalam hidup - women online magazine

Kredit Foto: cooladvices

Pernahkah anda berasa hasad dengki dengan orang lain ? Jauhkan amalan itu kerana ianya boleh membawa virus kepada hati anda.

Manusia busuk hati biasanya mempunyai banyak idea untuk membuat khianat. Kadang-kadang secara spontan mereka boleh fikirkan cara untuk menjatuhkan orang lain tanpa perlu membuat perancangan yang teliti.

Hasad dengki adalah virus yang memboleh membahayakan hati serta melenyapkan segala kebaikan dengan sekelip mata. Virus ini juga boleh menjangkiti sesiapa sahaja, tanpa  pilih ‘bulu’!

Jadi, sebab itulah penyakit ini sering dijumpai sesama teman sepejabat, rakan seperjuangan dan sebagainya. Punca ataupun penyebab hasad dengki ini adalah kerana cinta dunia, sama ada cinta harta benda, kedudukan mahupun kata-kata pujian manusia.

 

Baca Juga: Kemurungan Penyakit Mental Akibat Stress

 

Janganlah Jadi Orang Yang Hasad Dengki!

  1. Orang yang memiliki sifat hasad dengki ini sebenarnya tidak dapat menyempurnakan imannya. Ini adalah kerana dia tidak dapat mencintai saudara seagamanya serperti mencintai dirinya sendiri.
  2. Hasad dengki ini merupakan sifat orang Yahudi yang dilaknati Allah. Jadi sesiapa sahaja yang memilikinya bermakna menyerupai mereka.
  3. Boleh menimbulkan sifat ego yang tinggi dan tidak menyukai kebaikan pada orang lain.
  4. Sifat hasad dengki ini boleh memakan diri sendiri serta melumatkan kebaikan yang dimilikinya.
  5. Hasad dengki akan mencegah seseorang  itu daripada membuat segala kebaikan dan kemanfaatan.
  6. Hidupnya juga akan menjadi tidak pernah tenang dan tenteram, apatah lagi bahagia. Hidupnya akan selalu dalam keadaan resah serta tidak puas hati melihat orang lain lebih daripadanya.

 

Baca Juga: Manfaat Bersedekah Dalam Islam

 

Ternyata penyakit hasad dengki ini tidak boleh diubati dengan pil atau kapsul dan juga suntikan. Sebaliknya ubat paling mujarab adalah ilmu dan amalan. Mudah-mudahan sifat orang Yahudi yang dilaknati Allah ini, tidak ada dalam diri kita! Insya-Allah.Cara bagaimana kita mengatasi perasaan hasad dengki ini dengan menenangkan diri dan sentiasa bersikap positif kepada diri sendiri dan orang lain.

 

Baca Juga: Tip Motivasi Untuk Mendapat Ketenangan Diri

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

10 Cara Menjadi Lelaki Macho

Next post

Ketahui Fungsi Sebenar Senaman Kegel

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *