Gaya HidupMotivasi

Bahaya Mempercayai Bomoh

(Gambar ini hanya hiasan sahaja)

(Gambar ini hanya hiasan sahaja)

Masyarakat hari ini di kejutkan berita mengenai pencarian pesawat MAS MH370 dengan menggunakan bomoh di Malaysia..

Sesetengah masyarakat kita di dapati ada yang menjadikan bomoh dan dukun sebagai tempat memohon dalam memenuhi sesuatu hajat. Hajat-hajat tersebut antaranya ialah seperti ingin mendapat pangkat, kedudukan dan pengaruh atau untuk mendapatkan calon isteri atau suami dan tidak kurang juga untuk menghilangkan penyakit atau menyakiti orang lain.

Demi cita-cita tersebut sesetengahnya telah meletakkan kepercayaan dan harapan kepada dukun dan bomoh. Keyakinan yang sebegini sebenarnya tergolong dalam pengertian menyekutukan Allah dari sudut sifat rububiyyah dan sifat uluhiyyah Allah SWT kerana memohon keperluan kepada makhluk. Lebih malang lagi ada segelintir bomoh yang mengambil kesempatan merogol,  mencabul kehormatan dan melakukan jenayah kekerasan

Bahaya Mempercayai Bomoh Di Malaysia

Perkara lain yang dilarang dalam amalan bomoh adalah:

1. Meninggalkan ibadat wajib yang dituntut Islam seperti sembahyang lima waktu dan puasa Ramadhan ketika melakukan amalan perbomohan.

2. Tidak boleh menggunakan perbuatan ‘menurun’, memanggil roh orang mati atau sebagainya dalam kaedah perbomohan.

3. Perkara lain yang perlu diberi perhatian mengikut garis panduan itu adalah mengenai bayaran perkhidmatan atau pengeras. Sebarang pengeras tidak boleh digunakan dalam perbomohan jika ia dikaitkan dengan untung nasib, buruk atau baik.

4.  Perbomohan mengikut Islam juga melarang upacara yang mengandungi penyembahan, pemujaan, memohon bantuan atau memperhambakan diri kepada kuasa atau tenaga ghaib seperti mempersembahkan sedulang makanan dan menyembelih ayam.

KESAN BURUK MEMPERCAYAI BOMOH

1.Terhadap Individu:

– Akidah seseorang akan rosak. Orang Muslim yang mempercayai atau beramal dengan bomoh boleh merosakkan akidah. Mereka wajib bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam.

– Masa terbuang. Masa banyak terbuang dengan aktiviti yang tidak sihat dan bertentangan dengan ajaran Islam seperti memuja dan melakukan amalan-amalan syirik serta khurafat.

– Minda seseorang akan tertutup. Pemikiran mereka sering dikongkong oleh bomoh. Tindakan dan kelakuan bomoh menjadi tidak rasional dan fanatik

Jiwa tidak tenteram. Iman telah hilang dan tidak tenang,berfikiran yang banyak konflik dengan jiran tetangga.

2. Kesan terhadap masyarakat:

– Keruntuhan institusi kekeluargaan. Katakan boleh berlaku di kalangan ahli keluarga yang mengamalkan amalan bomoh akan menyebabkan perbezaan akidah dan rasa curiga sesama mereka.

– Perpaduan tergugat. Sikap fanatik mempercayai bomoh menyebabkan mereka tidak menghormati masyarakat sekeliling. Ini menjejaskan perpaduan dan keharmonian hidup dalam masyarakat.

3. Kesan terhadap negara:

– Negara akan mundur. Penglibatan dalam bomoh menjadikan diri seseorang tidak proaktif dan membuang masa. Perkara itu akan menjejaskan prestasi ekonomi negara yang bergantung kepada sumbangan dan produktiviti individu.

– Negara tidak stabil. Penglibatan dalam amalan bomoh akan mengancam perpaduan dan keharmonian masyarakat. Ini boleh menggugat kestabilan politik dan ekonomi negara. Akibatnya negara terpaksa menghabiskan banyak masa dan perbelanjaan untuk mengekalkan kestabilan negara.

– Negara lain akan memandang rendah. Contohnya Raja Bomoh di Malaysia yang menjadi bahan ketawa dunia akibat perbuatan khurafatnya yang mendakwa boleh mencari kapal terbang mh370 dengan hanya mengunakan teropong buluh semata-mata

Islam melarang keras umatnya berjumpa bomoh untuk mengetahui perkara-pekara ghaib , tenung nasib, mencari-cari berita sesiapa yang mengenakan sihir keatasnya  dan berubat dengannya maka, solatnya tidak akan diterima oleh Allah SWT selama 40 hari.

Sebenarnya, jin dan syaitan akan menceritakan berita bohong kepada bomoh tersebut supaya berlaku perpecahan dikalangan ahli keluarga atau jiran tetangga.

Sabda Nabi SAW bermaksud: “Barangsiapa datang kepada tukang tenung (bomoh), kemudian dia membenarkan perkataannya, maka sembahyangnya tidak diterima oleh Allah selama 40 hari.”(Hadis Riwayat Muslim.

Oleh itu, marilah kita kembali kepada jalan yang benar ke arah islam yang sebenar. Itu sahaja perkongsian yang dapat kami berikan. Di harap perkongsian ini dapat menyedarkan kita kepada bahaya mempercayai bomoh di Malaysia.

<< Ketahui cara bagaimana bangkit dari kegagalan di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Cara Mengenang Jasa Ibu Bapa

Next post

Elak Bercinta Dengan Suami Orang

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *