BuzzzStail

Jom, Temui Elizabeth Tan ‘Knock Knock’

Elizabeth Tan Knock Knock - Women Online Magazine-2

Tentu ramai yang mengenali penyanyi sensasi YouTube iaitu Elizabeth Tan yang kini popular dengan single sulungnya yang bertajuk ‘Knock Knock’.

Hanya dengan menyampaikan lagu-lagu cover di YouTube, Elizabeth berjaya mencuri hati peminat serta para penggemar muzik di laman YouTube dan bakat semula jadi yang ada pada Elizabeth telah dikesan oleh penyanyi terkemuka, Faizal Tahir.

Elizabeth Tan kini juga merupakan artis di bawah naungan Faithful Music yang juga dipelopori oleh Faizal Tahir. Lagu ‘Knock Knock’ ini baru sahaja dilancarkan beberapa bulan yang lalu dan sudah mula mendapat sambutan yang hangat sejak berkumandang di corong-corong radio dan sudah mula mengungguli carta radio tempatan.

Lagu ‘Knock Knock’ yang berentak catchy ini telah dicipta sepenuhnya oleh Faizal Tahir yang mengisahkan tentang amaran yang diberikan kepada si dia yang mahu memikatnya supaya tidak menyakiti hati dan perasaannya.Kini, muzik video ‘Knock Knock’ sudah pun berada di YouTube untuk tontonan anda semua.Kepada peminat-peminat Elizabeth Tan, jangan ketinggalan untuk menyaksikan muzik video ‘Knock Knock’ yang kini sudah pun berada di YouTube.

BERITA BAIK!!

Ingin bersua muka dengan Elizabeth Tan? Face to face… Inilah saatnya. Maklumat lanjut, klik di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Cegah Insomnia Dengan Khasiat Buah Mata Kucing

Next post

Semak, 10 Jenis Makanan Sumber Karbohidrat Semulajadi Yang Elok Anda Makan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *