Petua PemakananSihat

Rahsia Diet. Ketahui Jenis Sayur Yang Boleh Buat Anda Kurus!

jenis sayur - woman online magazine

Kredit : extension

Anda suka makan sayur? Tahukah Anda Terdapat Beberapa Jenis Sayur Yang Boleh Buat Anda Jadi Kurus?

Jenis sayur yang bersifat ‘termogenik’, boleh membuatkan perut terasa lebih kenyang dengan lebih lama. Bahkan ia juga mampu meningkatkan metabolisme tubuh sehingga lemak menjadi lebih cepat terbakar.

Berikut beberapa jenis sayur yang bersifat ‘termogenik’ yang perlu anda ketahui.

 

  1. Asparagus

Selain mengandungi asid folik dan anti oksidan, asparagus dikatakan mampu membantu mengecilkan ukuran pinggang. Kombinasi vitamin B1, B2,B3 dan B6 berupaya mengatur gula darah. Manakala vitamin K pula mempunyai sifat ‘diuretik’ yang mampu menyokong pengeluaran air tubuh yang tidak diperlukan.

 

  1. Celery

Celery boleh membuatkan perut anda menjadi lebih kenyang kerana ia mengandungi banyak air dan serat. Selain itu, kandungan vitamin dan mineralnya mampu membuat organ tubuh berfungsi dengan lebih baik. Secara tak langsung ia membuatkan jumlah energi untuk membakar lemak menjadi lebih optimum.

 

  1. Brokoli

Sayur brokoli mengandungi karbohidrat dan serat. Ternyata brokoli merupakan saturan yang mengandungi nutrisi lengkap untuk memenuhi pengambilan mineral dan vitamin dalam tubuh.Brokoli juga baik untuk diet kerana mengandungi kalori dalam jumlah yang sedikit.

 

  1. Kacang-Kacangan

Selain kaya dengan protein, kacang termasuk dalam jenis sayur-sayuran yang mempunyai kandungan air tinggi yang membuatkan anda cepat kenyang.

 

  1. Mentimun

Mentimun berfungsi membersihkan tubuh daripada racun berbahaya kerana kaya dengan air dan serat. Toksin tersebut kemudiannya akan dibuang oleh sistem penghadaman. Selain boleh menyingkirkan zat-zat yang tidak diperlukan oleh tubuh, serat pada mentimun juga boleh membuatkan anda cepat kenyang.

<< Ketahui 6 jenis makanan yang boleh mencerdaskan otak di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Harus Cuba! 4 Cara Menghilangkan Bau Ketiak

Next post

Majlis Perasmian Sambutan Hari Wanita 2015

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *