Petua PemakananSihat

Cegah Insomnia Dengan Khasiat Buah Mata Kucing

Buah Mata Kucing - Women Online Magazine

Foto: c1.staticflickr

Anda pasti kenal dan biasa dengar nama buah mata kucing ini.Buah yang berbentuk kecil ini mempunyai biji berwarna hitam. Buah mata kucing disukai oleh ramai orang kerana rasanya yang manis dan cukup nikmat!

Tahukah anda di sebalik rasanya yang manis itu, buah mata kucing memiliki banyak manfaat untuk kesihatan dan perubatan.Buah mata kucing juga dipanggil longan atau nama semulajadinya ‘Dimoncarpus Longan’.

Buah mata kucing ini juga mempunyai rasa segar dan biasanya tumbuh di kawasan tanah tinggi.Buah mata kucing memiliki banyak nutrisi, antaranya lemak, vitamin A, B, protein, asid tartaric, fitokimia yang merupakan senyawa kimia tumbuhan yang baik buat kesihatan tubuh manusia.

Berikut adalah antara khasiat buah mata kucing:

  1. Anti Stress

Buah mata kucing sangat bagus sebagai anti stress. Ia baik untuk sistem saraf. Pengambilan buah mata kucing akan memberikan efek yang menenangkan, mengatasi masalah iritasi dan meningkatkan fungsi saraf. Buah mata kucing juga boleh mengatasi masalah insomnia dan pelbgai penyakit yang berkaitan dengan gangguan tidur.

  1. Bantu Energi Tubuh

Buah mata kucing mempunyai kadar lemak dan kalori yang rendah, namun buah ini memiliki karbohidrat kompleks yang mampu memberikan energi untuk tubuh serta dapat meningkatkan stamina.

  1. Mengatasi Kerosakan Sel

Bersama dengan polifenol, buah mata kucing mampu membantu mencegah radikal bebas yang ada di dalam tubuh serta mengatasi kerosakan sel. Buah mata kucing juga mampu memerangi sel kanker

  1. Bantu Gerak Kerja Jantung & Limpa

Dengan mengurangkan tahap stress dan kepenatan, buah mata kucing mampu membantu gerak kerja jantung dan limpa. Selain itu, buah mata kucing juga boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan stroke

  1. Melancarkan Perjalanan Darah

Buah mata kucing dikatakan mampu membantu melancarkan perjalanan darah sehingga ia dapat membantu mencegah anemia.

  1. Elok Untuk Program Diet

Buah mata kucing mengandungi kadar lemak dan kalori yang sangat rendah dan bagus bagi anda yang ingin melakukan diet.

  1. Merawat Kulit

Buah mata kucing bagus untuk kulit kerana memiliki kandungan material anti-aging. Buah mata kucing dapat mencegah kedutan pada kulit dan mencerahkan warna kulit

  1. Melindungi Tubuh Daripada Serangan Demam & Selsema

Buah mata kucing mengandungi vitamin C yang baik untuk kesihatan tubuh manusia. Salah satu manfaatnya ialah dapat melindungi manusia daripada demam dan selsema.

<< Ketahui kebaikan dan kelebihan mandi susu di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Spritzer Terima Anugerah Penjenamaan Dunia

Next post

Jom, Temui Elizabeth Tan 'Knock Knock'

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. August 8, 2015 at 10:37 pm — Reply

    Biasanya anda yang kerap menghidap migraine akan mengalmi gangguan tidur. Anda cenderung bangun dengan kepenatan dan lebih mudah terkena serangan migraine. Penghidap migraine juga dikatakan cenderung menderita insomnia.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *