Dilema WanitaRomantika

6 Derita Menjadi ‘Awek Cantik’

Awek Cantik - Women Online Magazine (1)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: mastegg

Awek Cantik. Cantik itu dambaan bagi setiap wanita. Tetapi, cantik ini sering menjadi perbezaan semua wanita. Kelebihan menjadi awek cantik ini sangat menguntungkan.

Banyak kelebihan yang anda miliki dan pastinya perhatian lelaki juga tinggi.Tetapi, menjadi seorang awek yang cantik ternyata tidak semudah yang kita lihat.

Ramai yang berpendapat, menjadi cantik pastinya akan sempurna kerana segala-galanya indah, murni dan adil. Ramai juga yang cemburu dengan kelebihan yang awek cantik ini miliki. Tetapi menjadi awek cantik tetap mempunyai kekurangan yang tersendiri.

 

Baca Juga: Cara Mengatasi Cemburu

 

6 Kekurangan Awek Cantik

1. Kos kecantikan mahal

Menjaga kecantikan untuk seumur hidup membuat anda menggunakan banyak produk kecantikan. Ini memerlukan rawatan yang tinggi. Kos yang dikeluarkan tentunya tidak sedikit.

 

2. Orang menganggap anda sombong

Ramai yang merasa awek cantik ini sombong dan suka mengolok-olok orang lain. Jika anda berusaha menawarkan sedikit nasihat kepada orang, berfikirlah dua kali. Anda mungkin akan menerima jawapan kasar yang menyebut anda angkuh atau sombong.

 

Baca Juga: Penyebab Hasad Dengki

 

3. Terlalu banyak perhatian dari orang lain boleh mempengaruhi kualiti hidup anda

Bila anda cantik, lelaki selalu memerhatikan anda, hingga pada satu keadaan ini boleh membuat anda kecewa dan boleh menjejaskan kualiti hidup anda. Perhatian yang berlebihan, kenyataan romantis yang merimaskan dan sifat romantis yang palsu boleh menjejaskan kehidupan anda.

 

4. Pandangan orang

Hidup tak selalu adil untuk setiap orang, tetapi ramai orang diluar berfikir segala perkara yang hadir pasti mudah untuk anda kerana kecantikan anda. Ketika usaha anda tidak dihargai dan perjuangan anda tidak difahami, maka ini boleh sangat menjengkelkan dan mengganggu.

 

Baca Juga: Cara Menangani Stress

 

5. Sukar membezakan teman sejati

Bila anda cantik, ramai orang ingin bergaul dengan anda. Dalam keadaan tersebut, sukar untuk anda mengetahui sama ada teman anda ikhlas atau hanya bergaul untuk meningkatkan status sosial dirinya dengan cara bergaul dengan awek cantik seperti anda. Anda boleh saja dikelilingi sekumpulan rakan-rakan palsu, tetapi hati anda pasti menginginkan teman yang sejati.

 

6. Hubungan cinta yang tidak berkekalan

Kerana kecantikan anda, pasti anda akan menjadi tumpuan para lelaki. Ramai lelaki yang ingin mendekati anda walaupun anda sudah mempunyai kekasih. Kekasih anda pasti cemburu dan tidak mustahil, hubungan tersebut tidak mampu untuk bertahan lama.

 

Nota Kaki: SHARE lah artikel ini ya

<< Ketahui 6 tips meningkatkan keyakinan diri di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

4 Peralatan Memasak Paling Penting

Next post

Punca Bayi Gatal Kulit Kepala

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. April 7, 2015 at 12:40 am — Reply

    Tak dinafikan ini antara kelemahan menjadi awek cantik. Namun, menjadi “awek ‘kurang’ cantik” pun ada kurangnya juga. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya, yang penting kita mensyukuri kurniaan ilahi pada kita dan yakin dengan diri sendiri.

Leave a Reply to vitakcrew Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *