ProblemSihat

Sleep Apnea, Gangguan Tidur Yang Kerap Menyerang Lelaki

gangguan tidur - woman online magazine

Kredit : brighamcityhospital

Seep Apnea adalah gangguan tidur di mana penghidapnya berdengkur dan sering terbangun di tengah malam akibat sesak nafas ketika tidur seperti tercekik.Tidak ramai yang mengetahui gangguan tidur jenis ini, sedangkan jika tidak kesan sejak awal, sleep apnea berisiko tinggi untuk menimbulkan gangguan kesihatan sepert depresi, diabetis sampai stroke dan juga boleh menyebabkan kematian.

Lelaki berusia 40 tahun ke atas berisiko mengalami gangguan tidur, sleep apnea ini.Gangguan tidur, sleep apnea ini boleh terjadi secara terus menerus sepanjang malam atau bahkan ratusan kali dalam tempoh semalaman.Ini menyebabkan anda tidak boleh mendapatkan tidur yang berkualiti yang diperlukan agar tubuh sihat. Memang pada mulanya anda tidur dengan nyenyak dan dapat bernafas normal. Namun, ketika anda mula berdengkur keras, sebahagian jalan pernafasan anda tertutup, sehingga menyebabkan udara sukar untuk masuk ke paru-paru. Ketika saluran pernafasan tertutup seluruhnya, maka tidak ada udara yang masuk ke paru-paru.

Dalam situasi ini otak akan tetap memberitahu anda untuk bernafas seperti biasa, sedangkan anda tidak dapat bernafas kerana saluran nafas tertutup (apnea). Setelah keadaan ini terjadi dalam beberapa saat 10-30 saat atau lebih, jadi otak akan menyedari bahawa anda belum bernafas, sehingga anda akan tiba-tiba terjaga untuk menyedut nafas di udara dan sambung tidur kembali.Kebanyakan lelaki yang mengalami gangguan tidur, sleep apnea tidak menyedarinya. Berikut beberapa petanda sleep apnea yang mungkin dirasakan oleh penghidapnya.

  • Sakit Kepala Di Pagi Hari
  • Sukar Tidur (Insomnia)
  • Berdengkur Kuat Ketika Tidur
  • Rasa Mengantuk Yang Berlebihan Di Siang Hari
  • Tiba-tiba Rasa Tidak Boleh Bernafas Sehingga Terbangun
  • Gangguan Kosentrasi

Antara Penyebab Ganggun Tidur, Sleep Apnea

  • Rahang Yang Tidak Sempurna
  • Memiliki Saluran Pernafasan Yang Sempit
  • Jaringan Tekak Yang Lebih Besar Daripada Ukuran Normalnya
  • Terdapat Tumor Atau Kanser Di Ruang Pernafasan

Cara Mengatasi Gangguan Tidur, Sleep Apnea

  1. Turunkan Berat Badan

Lemak yang ada akan menekan leher ke arah bawah sehingga menyempitkan ruang pernafasan. Penurunan berat badan sebanyak 25% dapat mengatasi sleep apnea atau mengurangkan lamanya serangan.

  1. Bersihkan Saluran Hidung Secara Rutin

Saluran hidung harus dibersihkan terutama jika anda menghidap ‘nasal obstruction’.Penghidap penyakit ini biasanya menyedut udara dengan lebih banyak menyebabkan saluran nafas menjadi sempit.Bersihkan saluran hidung secara teratur dapat membantu mempermudahkan udara mengalir masuk melalui hidung.

  1. Berhenti Merokok

Merokok menyebabkan ruang pernafasan mengalami peradangan dan efek yang membuatkannya menjadi lebih sempit. Ketika tidur seorang perokok cenderung mengalami sesak nafas dan akan tergangun secara tiba-tiba seperti tercekik.

  1. Hindari Tidur Telentang Atau Dengan Keadaan Tubuh Yang Rata

Serangan Sleep Apnea sering terjadi ketika tubuh tidur telentang. Jadi, ubahlah kebiasaan tersebut. Di samping itu,gunakan bantal kepala sewaktu tidur tetapi jangan terlalu tinggi kerana ia boleh membuatkan leher terasa lenguh atau tersekat sehingga jalan pernafasan tersumbat. Tidur mengiring dengan menggajalkan kaki anda ke bahagian kepala.Ia akan membuatkan tubuh bahagian atas anda lebih tinggi daripada bahagian bawah.

<< Ketahui punca sebenar buasir berdarah di sini.

 

Previous post

Ketahui Cara Untuk Meredakan Rasa Gatal Kulit Kepala

Next post

5 Bahaya Makan Daging Kambing

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *