FamiliPerkahwinan

4 Punca Kenapa Berlakunya Kahwin Lari

punca kahwin lari - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Jom ketahui punca kahwin lari di sini. Semoga artikel ini dapat menyelesaikan masalah anda.

Kahwin lari bukanlah sesuatu yang janggal didengar di negara kita. Ia adalah antara perkara ‘biasa’ yang dapat dilihat, tidak kira bagi golongan muda mahupun tua. Malah ada juga pasangan selebriti yang memilih untuk melangsungkan hari bahagia melalui kahwin lari!

Destinasi pilihan bagi pasangan kahwin lari di negara ini ialah ke negara jiran, iaitu di selatan Thailand. Ada juga yang melakukan kahwin lari di Indonesia, terutamanya Lombok atau di pedalaman Malaysia. Ia bukan sahaja melibatkan pasangan yang baru hendak berkahwin, malah turut melibatkan pasangan yang ingin berpoligami atau kahwin lain.

Didapati kahwin lari adalah salah satu jalan mudah untuk menyelesaikan segala permasalahan dan  kekusutan yang melanda pada pasangan yang sedang mabuk cinta. Apakah penyebab kepada berlakunya kahwin lari? Adakah ia akan memberikan risiko kepada yang melakukannya?

Antara punca kahwin lari ialah:

1)    Tidak Mendapat Persetujuan Ibu Bapa

Antara penyebab utama seseorang itu mengambil keputusan untuk kahwin lari ialah disebabkan tidak mendapat persetujuan atau restu daripada ibu bapa.

Pasangan yang sedang bercinta ini sudah mengambil keputusan untuk berkahwin dan meluahkan hasrat mereka kepada ibu bapa.Namun, niat tersebut telah ditolak secara mentah-mentah oleh ibu bapa mereka. Pelbagai sebab yang menjadi peghalang daripada mendapat izin ibu bapa.

Antara ‘sebab’ yang popular ialah ibu bapa sudah mempunyai pilihan mereka masing-masing, pasangan tidak setaraf atau tidak bekerjaya, mempunyai ikatan permusuhan dengan keluarga kekasih anak mereka dan sebagainya.

Apabila niat murni mereka telah ditolak, situasi ini akan membuatkan mereka menjadi tertekan untuk menunaikan keinginan untuk hidup bersama dengan orang yang disayangi. Lantaran itu, mereka tidak teragak-agak untuk membuat keputusan mudah iaitu kahwin lari.

2)    Berpoligami

Selain itu, antara punca kahwin lari ialah apabila seseorang itu ingin berpoligami. Sudah menjadi lumrah dan fitrah bagi mana-mana wanita dan isteri, mana mungkin mereka akan mengizinkan suami mereka untuk berkahwin lain. Kebanyakan wanita tidak sanggup berkongsi kasih sayang dengan orang lain tanpa sebab yang kukuh.

Ada pihak isteri yang lantang dan akan bersikap agresif apabila suami meluahkan hasrat atau mengetahui hajat suami mereka untuk berkahwin lagi dengan wanita lain. Keadaan ini menyebabkan ramai lelaki mengambil langkah selamat dengan melangsungkan perkahwinan kedua mereka secara kahwin lari di negara seberang yang membolehkan rahsia perkahwinan tersebut selamat dan tertutup rapi.

3)    Keterlanjuran

Antara sebab lain kepada punca kahwin lari ialah apabila pasangan anak muda, yang masih kudus dan naïf dalam alam percintaan telah menyerahkan mahkota dan kesucian mereka seawal usia muda dan ketika masih belum mempunyai ikatan yang sah sebagai pasangan suami isteri.

Akibat daripada keterlanjuran tersebut  mereka jadi serba salah dan ingin memikul tanggungjawab di atas kekhilafan yang telah dilakukan. Lebih-lebih lagi jika pasangan perempuannya itu disahkan mengandung.

Sesetengah ibu bapa akan melarang  anak mereka yang masih dianggap mentah itu berkahwin. Apatah lagi, jika ingin berkahwin semata-mata mahu menutup aib yang disebabkan ketelanjuran mereka  itu.

Jadi, anak-anak ini akan mengambil keputusan untuk menutup malu dan meneruskan hubungan percintaan mereka itu dengan tindakan kahwin lari tanpa memperdulikan keputusan yang telah dibuat oleh keluarga masing-masing.

Ibu bapa yang melarang anak mereka yang  ingin berkahwin kerana ketelanjurannya, mereka seolah-olah mendidik anak supaya  melepaskan diri daripada tanggungjawab terhadap kekhilafan yang telah dilakukan.

4)    Nikah Gantung

Antara sebab lain punca kahwin lari adalah kerana ada pasangan yang ingin melangsungkan nikah gantung. Selalunya golongan yang melakukan nikah gantung ini adalah golongan yang masih sibuk dengan pengajian mereka.

Nikah gantung ialah perkahwinan yang mana suami hanya akan memberikan nafkah batin melalui perkahwinan ini. Mereka akan menghabiskan pengajian, kemudian barulah mereka akan duduk serumah sebagai suami isteri serta menjalankan tanggungjawab masing-masing setelah tamat pengajian atau apabila sudah mendapat kerja tetap.

Mungkin cara ini dilakukan kerana ingin menyembunyikannya daripada pengetahuan ibu bapa atau mahu melangsungkan ia secara tertutup, kemudian apabila tamat pengajian, barulah keluarga dan pasangan ingin melangsungkan perkahwinan secara besar-besaran.

Jelas, terdapat pelbagai penyebab kahwin lari serta pro dan kontranya.

Pelihara institusi kekeluargaan supaya perkara sebegini tidak berlaku dalam lingkungan keluarga anda.

Semua pihak yang terlibat harus duduk berbincang dan bermuafakat, lebih-lebih lagi jika perkahwinan yang ingin dilangsungkan itu punya pelbagai masalah. Ingatlah, perkahwinan adalah sesuatu perkara yang mulia dan disukai oleh Allah S.W.T, janganlah merosakkan dan mengkucar kacirkannya.

<< Jom ketahui kenapa wanita kahwin lambat di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Sotong Goreng Tepung

Next post

5 Kebaikan Minyak Ikan Untuk Kesihatan Anda

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *