FamiliPerkahwinan

5 Tips Pilih Mekap Pengantin Agar Wajah Anda Nampak Lebih Berseri

Mekap Pengantin - women online magazine (1)

Kredit foto: rosyrubio

Mekap Pengantin.Bagi pengantin wanita, hanya dua kunci ulung yang boleh merosakkan hari bahagia, solekan dan busana perkahwinan.

Ini merupakan dua aspek penting bagi bakal pengantin. Solekan yang keterlaluan dan tidak sesuai dengan majlis membuatkan raja sehari kurang yakin di atas pelamin sekaligus mengurangkan seri mereka di hari bahagia.

Khas untuk bakal pengantin di luar sana, WOM.my ada beberapa tips mekap pengantin yang mungkin boleh membantu anda membuat pilihan terbaik ketika memilih jurusolek yang bakal membuatkan anda nampak lebih cantik di atas pelamin.

Solekan pengantin pada masa kini lebih kepada gaya mekap yang nampak natural. Warna-warna pastel dan bronze sangat diminati dan mendapat permintaan tinggi pada masa kini. Mainan warna-warna lembut mampu menaikkan aura seri pengantin. Akan tetapi mekap pengantin tidak terhad kepada warna-warna lembut sahaja.

 

Baca Juga: Warna Merah Jambu

 

Ini kerana ada juga yang membuat permintaan untuk solekan yang agak berani dan berat. Ini terpulang kepada kehendak masing-masing. Apa yang paling penting anda selesa dan yakin sepanjang majlis berlangsung.

Berbincanglah dengan jurusolek anda terlebih dahulu tentang konsep yang anda inginkan. Gaya solekan juga berbeza bagi resepsi pada waktu siang, resepsi waktu malam, di rumah atau di dewan. Gaya solekan akad nikah dan resepsi juga berbeza. Perbincangan tentang majlis ini memudahkan jurusolek membentuk dan memikirkan gaya solekannya.

Namun, anda harus ingat setiap solekan banyak dipengaruhi oleh keadaan sekeliling. Jadi, utamakan keselesaan anda dan jurusolek ketika melakukan tatarias di wajah anda.

Jika anda mengupah jurusolek untuk mekap di rumah anda, ini yang anda perlu ambil kira:

 

1. Sediakan ruang yang selesa dari segi pengudaraan dan pencahayaan ketika proses solekan dilakukan. Pencahayaan amat penting untuk memastikan struktur wajah dan warna kulit dapat dilihat dengan jelas bagi menentukan bentuk kening, shading, warna foundation, eyeshadow, lipstik serta keseluruhan mekap bertepatan dengan kesesuaian wajah dan kulit masing-masing.

 

Baca Juga: Cara Mekap Mata

Manakala proses mekap pengantin  kadangkala memakan masa sejam setengah sehingga dua jam menuntut ruang yang selesa dari segi pengudaraan bilik. Sekurang-kurangnya sediakan kipas angin ketika proses solekan dijalankan. Itu pun sudah memadai bagi keselesaan pengantin dan jurusolek.

 

2. Tak salah sekiranya pengantin berbincang atau nyatakan kehendak mekap yang disukai. Namun, anda juga harus tahu bahawa tidak semestinya setiap kehendak pengantin itu dapat diterima oleh jurusolek kerana jurusolek mungkin mempunyai pandangan yang lebih arif dalam menentukan solekan yang lebih sesuai dengan struktur wajah, warna kulit, warna persalinan serta tema majlis yang diadakan.

Jadi, seeloknya cubalah berbincang untuk mendapatkan hasil yang disenangi oleh kedua-dua pihak. Sekiranya anda yang telah memilih jurusolek tersebut, maka apa kata anda serahkan kepercayaan jurusolek yang dipilih untuk lakukan yang terbaik. Insya-Allah.

 

3. Isu ini mungkin agak sensitif bagi sesetengah orang. Ada di antara pengantin tidak mahu keningnya di usik langsung atas sebab-sebab tertentu. Sebagai jurusolek profesional, biasanya sudah tentu mereka sentiasa menghormati dan menuruti kehendak anda dan tidak akan sesekali memaksa pelanggan.

Sebaik-baiknya minta pendapat daripada jurusolek anda tentang perkara ini kerana ada juga di antara anda yang telah memiliki kening yang cantik atau mudah dibentuk tanpa dicukur atau dibersihkan.

 

Baca Juga: Kening Cantik

 
4. Bagi masa yang secukupnya untuk jurusolek anda menyiapkan solekan anda sehingga ke sentuhan terkhir. Kadangkala ada di antara tetamu yang suka menakut-nakutkan pengantin dengan menggambarkan solekan yang dilakukan hodoh dan sebagainya, sedangkan proses mekap belum pun selesai sepenuhnya.

Perkara ini bukan sahaja akan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan jurusolek malah boleh mengganggu emosi pengantin yang risau akan hasil solekannya nanti. Jadi, seeloknya sila pastikan hanya tetamu tertentu sahaja yang dibenarkan berada bersama pengantin ketika proses solekan di lakukan.

 

5. Pastikan juga anda telah bersedia untuk disolekkan mengikut masa yang telah ditetapkan.

Mandi, cuci muka, makan dan selesaikan perkara yang perlu sebelum mak andam atau jurusolek tiba kerana kebanyakannya lebih suka memulakan kerja mereka sebaik sahaja sampai atas sebab-sebab tuntutan kerja, komitmen atau urusan lain.

Semoga beberapa tips di atas membantu anda atau bakal-bakal pengantin yang lain tampil elegen, anggun dan menawan di hari yang penuh bersejarah itu nanti. Jangan lupa SHARE artikel ini ya.

 

<< Ketahui bajet jimat. Cuba hias sendiri bilik pengantin anda. Selanjutnya baca di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

10 Tips Kurus Dengan Cara Diet Protein

Next post

Cubalah Bergaya Dengan 7 Jenis Sanggul Rambut

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *