FamiliPerkahwinan

12 Trik Jimat Bajet Kahwin Anda

bajet kahwin - women online magazine

Kredit Foto: dreamstop

Bajet Kahwin. Setiap pasangan pasti mahukan majlis perkahwinan yang gemilang. Kalau boleh, se ‘gah' majlis kahwin selebriti popular!

Apapun, nak kahwin sudah tentu memerlukan duit yang banyak untuk perbelanjaan majlis, hantaran, tempahan busana, kad jemputan dan lain-lain lagi.Setelah habis berbelanja untuk majlis tersebut, bagaimana pula dengan kehidupan anda dan pasangan selepas berkahwin kelak. Sudahkah anda dan si dia berfikir sejauh itu?

Anda dan pasangan, perlu lebih bersedia daripada segi mental, fizikal serta sudut kewangan khususnya. Anda berdua perlu tahu tentang bajet kahwin dan bagaimana untuk menguruskan wang tersebut supaya selepas berkahwin anda dan pasangan tidak berdepan dengan konflik kewangan.

Di sebabkan konflik kewangan yang melanda, tidak mustahil anda dan pasangan akan berselisih faham. Tak kurang juga ada perkahwinan yang berkahir dengan penceraian hanya kerana disebabkan masalah kewangan yang dihadapi.

 

Baca Juga: Cara Pengurusan Wang Yang Betul

 

12 Cara Jimat BAJET KAHWIN

1.Jangan mementingkan ‘standard’ anda
Berhutang memberi bebanan kepada anda sehingga menyebabkan anda dan pasangan tidak bahagia dan ramai hidup tersepit dengan hutang terlalu banyak hanya kerana menginginkan majlis perkahwinan yang gah.

 

2. Jumlah tetamu

Tetapkan jumlah tetamu yang bakal dijemput supaya anda dapat merancang bajet perkahwinan dengan baik. Apabila anda sudah tetapkan bilangan tetamu, anda dapat mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.

 

3. Menyewa busana perkahwinan

Elakkan menempah pakaian yang baru kerana khidmat menyewa pakaian lebih murah. Terdapat juga perkhidmatan dimana anda boleh menempah pakaian perkahwinan yang baru tetapi cuma sewa sahaja. Ini bermakna selepas pakai, anda perlu pulangkan semula pada butik perkahwinan dan harganya jauh lebih rendah daripada membeli terus pakaian perkahwinan itu.

 

4. Membeli belah ketika ada potongan harga sahaja

Harga barangan pada ketika itu mungkin mendapat potongan harga jauh lebih murah daripada sebelumnya. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu ketika membeli belah kelak anda juga yang akan merana.

 

Baca Juga: Cara Berjimat Cermat Selepas Kahwin

 

5. Elak berhutang kad kredit

Kad kredit ada baiknya dan ada buruknya. Tetapi bagi sesiapa yang tidak tahu untuk menggunakan kad kredit secara berhemat anda dinasihatkan untuk tidak memakainya. Berbelanja dengan hanya ‘swipe’ menyebabkan anda yang pening kepala untuk membayar hutang tersebut.

 

6. Adakan majlis gotong royong

Majlis yang diadakan secara gotong royong adalah lebih jimat berbanding katering. Ia dapat menjimatkan kos kerana anda hanya perlu mengeluarkan wang membeli bahan basah selain dapat mengeratkan tali silaturahim bersama saudara dan  jiran anda.

 

7. Awasi perbelanjaan anda setiap bulan

Perbelanjaan pada setiap bulan amat mempengaruhi simpanan kewangan anda. Jika anda berbelanja lebih, segala bajet yang telah anda tetapkan akan berubah dan akan menyusahkan anda kelak.

 

8.Jangan merokok

Bagi kaum lelaki merokok bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan tetapi ia membazirkan wang anda. Jika anda campur tolak wang yang telah anda belanjakan untuk membeli rokok pasti anda akan terkejut dengan jumlahnya.

 

Baca Juga: Tak Nak Merokok Lagi!

 

9.Kurangkan membeli gajet elektronik

Jika anda seorang penggemar gajet elektronik, anda dinasihatkan untuk menyimpan dahulu hasrat anda untuk membeli gajet terbaru. Hal ini adalah kerana wang itu anda boleh gunakan untuk majlis perkahwinan anda kelak.

 

10. Tempahan fotografi

Buat tempatan perkhidmatan fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi atau di pameran perkahwinan. Selalunya diskaun hebat akan diberikan.

 

11. Berbalas hantaran

Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi. Ada juga antara anda yang tidak mahu kalah dengan saudara mara atau kawan-kawan. Hal ini yang sering terjadi dikalangan pengantin zaman sekarang. Tidak perlulah untuk berlumba-lumba kerana kelak anda yang tanggung kesannya.

 

12.Membuka akaun khas

Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan adalah dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan anda. Ini dapat memastikan supaya anda tidak menggunakan kesemua wang simpanan anda dan seterusnya berhutang. Elakkan membeli barang perkahwinan dengan menggunakan kad kredit.

 

Nota Kaki: Jom kita sama-sama SHARE artikel ini.

<< Ketahui cara untuk menaikkan seri wajah anda ketika majlis akad nikah berlangsung di sini.

 

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Lebih Cantik Dan Sihat Dengan Khasiat Tomato

Next post

5 Trik & Tips Untuk Anda Yang BerBetis Besar

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *