Petua PemakananSihat

Cuka Epal Bantu Turun & Kawal Berat Badan Dengan Lebih Mudah, Selamat Serta Berkesan

 

Cuka Epal - Women Online Magazine

Foto: media2

Cuka epal atau lebih dikenali sebagai Apple Cider Vinegar (ACV) adalah bentuk penyediaan terbaik daripada buah epal. Mula dihasilkan pasa zaman purba, ia digunakan secara meluas dalam masakan dan perubatan.

Islam sendiri menggalakkan umatnya mengamalkan pengambilan cuka epal dalam kehidupan seharian di atas faedah dan khasiatnya untuk kesihatan.Cuka epal adalah hasil campuran makanan sunnah seperti madu dan epal. Ia kaya dengan kandungan fosforus, zat besi, chloride, sodium, kalsium, magnesium, silicon dan florid.

Khasiat Cuka Epal

  • Bahan lecithin yang yang terdapat di dalamnya membantu meningkatkan metabolisma lemak dan menukarkan lemak kepada tenaga.
  • Membantu menurun dan mengawal berat badan dengan lebih mudah, selamat dan berkesan. Ia mengandungi bahan aktif yang bertindak dengan tiga cara iaitu mengurangkan selera anda untuk makan berlebihan, menghalang penyerapan lebihan lemak dan minyak dalam tubuh serta membantu melancarkan sistem pelawasan.
  • Bahan aktif lecithin juga membantu membekalkan nutrien penting kepada folikel rambut sekaligus menyubur dan menguatkan rambut.
  • Penggunaan cuka epal dapat mengimbangi kadar asid dan alkali dalam badan, selain menghilangkan lenguh-lenguh pada sendi dan otot badan.
  • Acetic Asid yang terdapat didalam cuka epal berkesan mengurangkan tekanan darah tinggi, menstabilkan tekanan dengan merehatkan salur darah. Pengambilan secara berterusan boleh menjadikan tekanan darah kembali normal.
  • Bertindak sebagai anti oksidan bagi menghalang proses penuaan kulit akibat pendedahan kepada pancaran UV selain berfungsi mencegah jeragat, bintik hitam dan pelbagai masalah kulit, terutamanya wajah berminyak.
  • Membantu meneutralkan pH badan dan mulut dengan membunuh kuman dan bakteria penyebab bau busuk.
  • Merawat masalah kerapuhan kuku dan gigi serta masalah sinus.
  • Ia mengurangkan paras kolestrol dengan adanya pectin yang merupakan sejenis fiber mudah larut dalam air dan juga asid amino yang dapat meneutralkan kolestrol LDL yang teroksida.
  • Cuka epal mampu mengurangkan kadar gula dalam darah, seterusnya berupaya mencegah penyakit kencing manis dan arthritis.
  • Beta karoten yang terdapat dalam cuka epal dapat memperbaharui kerosakan sel-sel tubuh akibat aktiviti radikal bebas, di samping menegang dan menganjalkan kulit.

<< Ketahui makanan yang boleh menambah darah di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Atasi Masalah Rambut Beruban Dengan Khasiat Daun Inai

Next post

Harus Cuba! Tingkatkan Metabolisme Tubuh Boleh Kurangkan Berat Badan Anda

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *