CantikDietSihat

Kira Nilai Kalori Dalam Makanan

mengira keperluan kalori harian

Kira Kalori Makanan sangat penting untuk anda yang ingin diet secara berkesan >>

Sebelum ini anda pernah tak mengira kalori yang di perlukan untuk tubuh anda?

Jika tidak pernah tahu maka anda boleh teruskan post ini sehingga habis dan fahamkan untuk anda mengenal pasti keperluan untuk badan anda. Tujuannya adalah untuk membudayakan anda ke arah  amalan pemakanan yang sihat.

Pertama sekali anda perlu tahu adalah BMR iaitu basal metabolic rate .

Apakah BMR?

BMR adalah nilai keperluan kalori sehari yang diri anda perlukan apabila anda berada dalam keadaan rehat. Maknanya, nilai kalori yang diri anda perlukan supaya aktiviti asas diri anda berjalan normal sebagai contoh anda bernafas, berfikir, menghadam makanan, mengekalkan suhu badan dan sebagainya.

Saya buat contoh saya sendiri ya disini. Umur 26 tahun,berat 80 kg lelaki, ketinggian 162 cm maka nilai BMR adalah 1688kcal.

Ini bermakna dalam sehari saya paling kurang kalori yang perlu saya ambil adalah 1688 kcal. Jika saya mengambil kalori kurang dari nilai berkenaan, metabolism diri saya akan jatuh. Penurunan berat badan akan berlaku secara drastik dan ia adalah tidak bagus untuk diri kita.

Apakah maksud DCR?

BMR adalah nilai asas yang badan kita perlukan supaya sistem badan dapat berfungsi secara normal. Manakala DCR (Daily Calorie Requirement) pula adalah nilai kalori yang diri anda perlukan apabila anda melakukan aktiviti fizikal.

Dengan menggunakan contoh saya diatas, saya cuma tambahkan aktiviti fizikal sebanyak 3 kali seminggu.

Formula menguruskan badan

Untuk menurunkan berat badan, pengambilan kalori mestilah kurang dari DCR. Tetapi tidak boleh kurang dari BMR pula. Hal ini kerana jika kurang dari BMR maka metabolisma diri anda akan jatuh.

Apabila metabolisma jatuh, anda akan rasa letih, lesu dan tidak bertenaga. Seeloknya, untuk menurunkan berat badan anda mestilah mengambil kalori kurang 500kcal dari nilai DCR. Manakala untuk meningkatkan berat badan, kalori yang diambil mestilah 500 kcal melebihi nilai DCR.

Kalau kalori yang diambil lebih kurang DCR maka berat badan anda akan kekal seperti biasa. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai nilai kalori dalam makanan.

Di bawah merupakan cara pengiraan kalori untuk lelaki dan wanita.

Cara mengira Kalori Dalam Makanan.

CARA MENGIRA KALORI YANG DIPERLUKAN OLEH TUBUH SETIAP HARI:

UNTUK WANITA:

BMR = 655 + (9.6 x berat badan(kg)) + (1.8 x tinggi(cm)) – (4.7 x umur)

-lepas tu BMR ni kena darabkan dengan DCR

DCR adalah seperti berikut:

-Kepada individu yang kurang senaman/tak senaman langsung/buat kerja pejabat = 1.2
-kepada yang aktif sikit2/senaman 1-3 kali seminggu = 1.375
-kepada yang aktif /senaman 3-5 kali seminggu = 1.55
-Kepada yang sangat aktif/senaman 6-7 kali seminggu = 1.725
-untuk yang terlampau dan teramat aktif/kerja dan senaman berat setiap hari/senaman 2 kali sehari = 1.9

Contoh pengiraan kalori yang diperlukan oleh seorang wanita:

Jika Berat:70kg, tinggi 150cm, umur 20 tahun, kurang senaman atau kerja pejabat sahaja:

Pengiraan adalah :

655 + (9.6 x 70) + (1.8 x 150) – (4.7 x 20) x 1.2 = 1484.2

Jadi kalori yang diperlukan oleh wanita di atas ni adalah 1484.2 sahaja sehari

Jika nak turunkan berat tolak 500 kalori, kalau nak tambah berat dia kenalah makan lebih dari 1484.2 kalori tu.

MANAKALA UNTUK LELAKI IALAH:

-BMR = 66 + (13.7 x berat(kg)) + (5 x tinggi(cm)) -(6.8 x umur) x DCR (DCR sama macam yang dinyatakan di atas)

Sekadar perkongsian sahaja. Jika ada pendapat atau komen berkaitan entri ini sila nyatakan pendapat anda di ruang komen.

Kredit foto: freckspecks

<<< Nak Tahu 5 Tips Kuruskan Badan, jom baca di sini 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Nak Lebih Ramping? Praktik 5 Tips Kuruskan Badan

Next post

14 Istilah Kecantikan Sering Diguna Pakai

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

3 Comments

  1. Jamilah
    September 10, 2013 at 1:53 am — Reply

    bagus ni boleh kira kalori sendiri.

  2. March 25, 2019 at 3:13 pm — Reply

    Kalau ada kalkulator lg mudah kot. Huhu

    • May 4, 2019 at 11:10 am — Reply

      Ye betul tu!Hehe 🙂

Leave a Reply to WOM.my Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *