Ada Apa?Buletin

Jom Raikan Sambutan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2015

woman-hurt

Keganasan Terhadap Wanita.Perkara ini bukan main-main! Permasalahan ini harus dibendung.

Bahkan, pada setiap tahun, seluruh dunia menyambut ketibaan 25 November bagi meningkatkan kesedaran seluruh masyarakat dunia untuk mengambil tindakan bagi menghentikan sebarang bentuk keganasan terhadap wanita.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat(KPWKM) turut tidak ketinggalan dalam menganjurkan sambutan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita setiap tahun.

Melalui penganjuran tersebut, ia dapat memberi kesedaran kepada semua penduduk negara ini tentang wujudnya isu yang amat penting ini dan dengan demikian membolehkan mereka menyokong dan memainkan peranan masing-masing dalam menangani isu ini daripada terus berlaku.

Perasmian sambutan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita tahun 2015 ini akan disempurnakan oleh Y. B. Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Majlis Sambutan akan diadakan pada 25 November 2015, bertempat di IOI City Mall, Putrajaya.

Lazimnya, saban tahun KPWKM akan mensasarkan seramai 1,000 golongan wanita sebagai jemputan bagi meraikan Sambutan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita.

Peserta yang dijemput terdiri dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kaum mahupun status ekonomi yang meliputi ahli-ahli PERWANI Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan, pegawai kerajaan sekitar Putrajaya, persatuan penduduk di Kuala Lumpur dan Putrajaya, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan dan penuntut institusi pengajian tinggi awam dan swasta sekitar Putrajaya serta individu yang berminat dengan seminar tersebut.

Sambutan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita tahun 2015 ini akan diisi dengan pelbagai program menarik.

Jumpa anda di sana!

 

<< Wanita Mangsa Perhubungan Cinta

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

9 Petua Suami Isteri Untuk Kekal Mesra Dan Bahagia

Next post

Resepi Nasi Hujan Panas Istimewa

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *