Ada Apa?Buletin

1 Hari Lagi! Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2015

Selamat Hari Wanita - woman online magazine

Selamat Hari Wanita! Tinggal sehari sahaja lagi sambutan Hari Wanita 2015 Peringkat Kebangsaan bakal kita sama-sama raikan.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui agensinya Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) akan menganjurkan Sambutan Hari Wanita 2015 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Putrajaya(PICC) pada hari esok.Ayuh, kita sama-sama memeriahkan majlis yang turut dirancakkan dengan beberapa aktiviti menarik seperti Forum, Pameran Informatif, Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Penasihat dan Perunding Wanita serta Penyampaian Watikan Pelantikan Penyandang Kursi Kepimpinan Wanita di Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pada hari esok juga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan melantik sekurang-kurangnya 20 wanita dari pelbagai latar belakang dan profesion sebagai Ahli Majlis Penasihat dan Perunding Wanita, bagi tujuan membantu memantapkan pembangunan golongan berkenaan di negara kita.

Majlis tersebut akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan bakal dihadiri oleh kira-kira 3000 orang. Selain itu, ia bakal turut hadiri oleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor (Isteri Perdana Menteri Malaysia),YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat),YBhg. Datuk Seri Hjh Azizah Datuk Seri Panglima Hj Mohd Dun(Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat),YBhg. Senator Datin Paduka Chew Mei Fun(Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat),YBhg. Dato’ Sabariah Hassan(Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan YBhg. Dato’ Munirah Abdullah Bajanuddin(Ketua Pengarah,Jabatan Pembangunan Wanita)

Tema Sambutan Hari Wanita 2015 adalah ‘Raikan Kegemilangan’. Setiap kejayaan dan pencapaian wanita yang boleh dibanggakan diberi pengiktirafan sewajarnya agar memberi inspirasi kepada wanita yang lain untuk terus maju.Selamat Hari Wanita buat semua wanita Malaysia!

<< Ketahui  lebih lanjut tentang aktiviti sampingan lain yang diadakan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan ini di sini.

Layari facebook Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Previous post

5 Kebaikan Daun Oregano Buat Kesihatan Tubuh

Next post

Mesti Baca! 5 Tips Sebelum Potong Rambut

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *