DekoFamiliStail

Trik Buat Bilik Air Sempit Jadi Luas

bilik mandi - women online magazine

Kredit Foto: milallbuildingschemeklozmodeabout-interior-design

Bilik Air. Memiliki kediaman yang kurang luas? Bahkan bilik airnya juga tidak sebesar mana!

Namun, anda tetap mahukan bilik air yang nampak menarik,biarpun sempit.Di bilik airlah kita tampil seadanya diri kita sambil membersihkan badan. Sudah pasti kita mahukan suasana privacy yang dapat menyegarkan tubuh dan fikiran.

WOM.my mahu berkongsi inspirasi dan tips menghias bilik air agar suasana menarik, bersih, trendy dan sihat dapat dicipta. Memandangkan keluasan bilik air kediaman anda agak terhad, perkara pertama yang perlu anda titik beratkan adalah memilihan warna cat dinding yang tepat. Kesan bilik air yang selesa akan dapat anda cipta dengan mudah. Sebaiknya pilih warna yang cerah.

Baca Juga: Rahsia Warna Kegemaran

 

 

bilik mandi - women online magazine (2)

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Untuk meninggalkan efek yang lebih menyegarkan, anda boleh mengabungkan warna putih dengan coklat atau oren . Selain itu, anda juga perlu bijak memadupadankan dengan aksesori seperti kelengkapan mandian, tuala dan sebagainya. Sebaiknya pilihlah juga yang berwarna cerah. Anda disarankan meletakkan tanaman yang boleh membuatkan bilik air anda nampak segar dan cerah.

 

 

bilik mandi - women online magazine (4)

Jadi, anda perlu memilih warna cat dan aksesori yang sepadan untuk digayakan dengan konsep bilik air yang telah anda pilih.

Kemudian susun setiap peralatan mandian dengan teratur dan rapi. Pandai-pandai menyusun atur kelengkapan tersebut. Jangan sampai bilik air anda yang minimalis itu nampak semakin sempit sehingga aktiviti menyegarkan badan bertukar sebaliknya.

Penggunaan shower kaca sebenarnya juga mampu membuatkan bilik air kelihatan lebih luas. Ini adalah kerana kaca dapat dijadikan penyekat antara kawasan basah dan kering.

Baca Juga: Warna Cat Ruang Tamu

bilik mandi - women online magazine (3)

Selain itu, anda juga perlu peka tentang soal pemilihan corak seramik. Jika anda tidak gemar seramik bermotif polos, anda boleh menggunakan teknik dua warna polos bagi mencetuskan kelainan. Misalnya, anda boleh memilih warna hitam dan putih, gayakan sentuhan papan catur. Sudah pasti bilik air anda akan nampak lebih luas sekaligus indah dipandang mata.

Penggunaan cermin besar yang dipasang di dinding bilik air juga boleh membantu membuatkan suasananya nampak lebih luas. Selain memberikan efek luas, cermin tersebut juga boleh membantu anda untuk bercermin.

Baca Juga: Bilik Tidur Cantik

Bagi anda yang menyukai air mandi gaya moden, penggunaan ‘wastafel’ yang ramping dan kecil juga memberikan efek menarik. Di samping itu, penggunaan almari atau kabinet kaca multifungsi amat disarankan. Almari ini boleh digunakan sebagai tempat menyimpan ubat-ubatan, tuala dan juga peralatan mandian.

Sekiranya anda tidak berminat untuk meletakan almari, anda boleh menggantinya dengan menggunakan rak. Ia akan membuatkan peralatan mandian anda tidak bersepah-sepah, sebaliknya nampak lebih kemas serta teratur.

Nota Kaki: SHARE artikel ini ya dengan kawan-kawan yang suka menghias kediamannya.

<< Jom, semak enam cara agar isteri cepat mengandung dan suami boleh cuba praktik..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

7 Faktor Wanita Lambat Mengandung

Next post

Nasi Goreng Udang Keenakannya Memikat Selera!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *