ResepiSajiSelera

Resepi Rendang Daging

resepi rendang daging - women online magazine

Jom dapatkan Resepi Rendang daging yang memang sedap apabila dimakan bersama lemang ataupun pulut hari ini juga.

Masakan rendang cukup popular dan menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia. Tak kiralah rendang ayam ataupun daging, keduanya tetap menjadi hidangan wajib di hari raya. Selain itu, rendang daging juga sesuai untuk kita bawa bersantai di tepi pantai sambil berkelah.

Jom cuba Resepi Rendang Daging yang cukup enak ini. Pastikan anda memilih daging lembu yang baik kualitinya supaya penghasilan rasanya lebih lazat disebabkan dagingnya yang tidak liat ataupun keras. Tempoh anda memasak pun boleh jimat!

Berikut Resepi Rendang Daging:

 Antara Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi rendang daging ini adalah:

1 kg daging lembu (rendah lemak), potong dan cuci bersih.

3 biji kelapa tua. (dibuat santan)

20 biji bawang merah (dikisar)

8 ulas bawang putih(dikisar)

2cm halia(dikisar)

4 sudu besar cili kering (dikisar)

2 serbuk kari

3 sudu besar kerisik

1 kepinga asam kandis

2 sudu kicap manis,1 sudu sos tiram, garam dan serbuk perasa secukupnya.

Cara Membuat Rendang Daging:

1.Potong terlebih dahulu daging yang telah dibersihkan mengikut saiz yang anda sukai.

2.Rebus santan bersama dengan bahan-bahan kisar yang sudah diolah tadi.

3.Kemudian masukkan asam kandis.

4. Kacau terus menerus sehingga santan tidak jadi berketul-ketul dan pecah santannya.

5.Kemudian masukkan daging,serbuk kari,kerisik, kicap manis, sos tiram, garam dan serbuk perasa  ke dalam rebusan santan apabila rebusan santan tadi sudah mengeluarkan minyak.

6.Kecilkan api dan terus mengacaunya terutama apabila santan sudah mula menyatu dengan daging. Cuba rasa, jika kurang masin, tambah garam secukupnya.

7.Kacau sehingga daging rendang  bertukar warna kecoklatan.

8. Jika sudah masak, daging tersebut empuk dan rasanya enak, tutup api dan bolehlah dihidangkan bersama juadah raya pilihan anda bersama keluarga. Selamat mencuba Resepi Rendang Daging ini.

<< Jika anda berminat untuk dapatkan resepi biskut raya jom baca ke laman seterusnya di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Eratkan Silaturrahim Dengan Listerine®

Next post

Cara Mendapatkan Perut Langsing Selepas Berhari Raya

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

2 Comments

  1. July 27, 2014 at 6:14 pm — Reply

    1st time baca info kat blog ni saya rasa terkejut jugak sebab banyak info berguna.Selepas baca bahagian bawah posting ni baru tau blog ni ada tim sendiri.Tahniah!

    • July 27, 2014 at 7:20 pm — Reply

      terima kasih teruskan menjadi pembaca setia WOM.my.. dan jangan lupa like fanpage kami ..

Leave a Reply to Tim WOM.my Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *